Wednesday, November 27, 2013

Langkawi : Part 1

Yuuhhuuu!!! Musim bercuti-cuti aku dah tiba. Walaupun, agak terkejar2 dengan kerja yang menimbun di ofis, kan ku lupakan untuk sementara. At least untuk 3 hari ini. Plan ke langkawi dengan family dah berzaman aku simpan sejak melawat pulau langenda ini untuk kali pertama lebih kurang 2 tahun lepas. Tapi tuh cuti-cuti bajet. Satu hape pun aktiviti menarik aku tak buat, tapi takpe… kali ini ada beberapa aktiviti yang aku listkan untuk habiskan 3 hari 2 malam dekat Langkawi ni… Check it Out! Hohoho…

Part 1: Seaview Hotel & Pantai Cenang

Hari pertama biasa lah, kerja check in mencheck in dilakukan. Lepas lebih kurang 6 jam drive dari KL ke kuala kedah, ditambah pulak dengan naik feri dalam 1 jam 30 minit dari jeti kuala kedah ke Jeti Kuah, naik keras gak ler buntut aku. Kalau korang dah sampai kat kuala kedah nih, toksah risaulah pasal feri ke, transport dekat pulau ke ataupun penginapan. Tempat parking untuk yang drive sendiri pun korang toksah risau sangat. Sebabnya agen perlancongan kat sini antara yang terbaik pernah aku jumpa. Hah! Nampak tak pengiktirafan aku ni. Sebabnya, agen pelancongan akan mencadangkan dan menyediakan urusan transport  korang dekat pulau dengan tempat menginap. Korang hanya pilih nak keta apa dan tinggal kat mana jer.  Agen akan tanya bajet korang sebelum diorang bagi cadangan, so masa ni korang jangan poyo pulak cakap duit korang banyak, kang dia bagi hotel mahal RM1200++ semalaman untuk korang baru korang semput  kang! Ukur baju badan sendiri lah...

Tapi second trip aku ke langkawi ni memang special case, kira magic dan sangat lucky lah aku rasa. Sebab masa kat trafic light lagi aku disapa dengan sorang brader ni, dia tanya aku mana  aku parking keta untuk ke langkawi. Aku pun tak tahu macam mana dia tahu aku nak ke pulau, setahu aku, aku tak letak signboard depan keta aku tulis “KAMI NAK BERCUTI KE LANGKAWI”… haha.. maybe dia tengok no plat keta aku kot. Orang luar, so nak ke mana lagi kalau tergedek2  ke jeti Kuala kedah. Brader tadi pun bawa aku ke tempat parking dia, dan teka apa..? Dia bawa aku kat tempat parking yang sama aku park keta masa first trip aku dulu. Hoho. Tempat parking aku tuh macam dewan serba guna tau, so berbumbung lah. Owner tempat parking nih aku tak sure, tapi aku rasa pakcik yang berkopiah putih. Aku pun bukan jenis peramah sangat so, abaikanlah! Disebabkan aku sampai dalam pukul 10, brader parking caj aku dengan caj full day dengan RM20 per day. Maknanya RM60 untuk 3 hari. Tambah 1 lagi keta  abang ipar aku, RM120. Selesai. Oh ya, kat parking nih, korang kena tinggalkan kunci, sebab senang diorang nak alihkan keta lain yang nak keluar masuk. Takpe, percayalah pada Allah yang keta korang tak diapa-apakan. Jangan terkejut lak yer. (Aku konfius lagi sebenarnya, atau aku lupa2 lagi dengan harga caj dia, dulu first trip aku, aku kena caj RM15 untuk 2 hari jer (keta kancil) tapi…. Abaikanlah! Harga minyak naik agaknya!)

Ok, abang parking tadi tanya aku dah ada transport ke belom kat pulau. Aku cakap tak, sebab aku dah penat sangat nih nak pikir-pikir, lagi-lagi aku yang jadi incharge trip family aku ni. Dia suruh aku jumpa dengan agen perlancongan dia, ofis dia betul-betul belakang dewan tuh. Apa nama pun aku dah tak ingat dah.  Dengan keadaan kami yang seramai 11 orang nih (8 dewasa, 3 kanak-kanak), dia cadangkan van atau avanza jer dengan RM100 per night.  Tapi, pastikan korang tanya dulu condition kenderaan tuh ok ke tak. Tak semput dan tak meragam. Wat masalah jer nanti. Tang part aircond, aku leh consider lagi, sebab aku lebih prefer angin pulau dari air cond. Hehe. Pas aku confirmkan van jenis vannette dengan caj RM200 untuk 3 hari (cara kira caj dia sama dengan caj hotel - price per night), Aku on jer sebab dah murah dah tuh. Untuk close deal sewa van nih, agen mintak RM40 jer dan baki RM160 akan dibayar pada penyewa van nanti. Dan lagi best, agen nih akan tolong belikan tiket feri sekali. Halamak, best tol lah! Takyah nak beratur panjang2 lagi. Sebelum korang blah, aku ingatkan untuk korang dan diri aku juga supaya ambil nombor telefon agen yang deal dengan korang, office dia dan driver yang hantar keta korang nanti. Lagi banyak nombor lagi bagus. Ambil jer dulu, nanti aku cerita jap lagi kenapa.

Akak agen perlancongan kitorang..
view jeti Kuala Kedah
Anak buah aku dlm feri...
Aku dapat tiket naik feri pada jam 12.30 tengah hari dengan harga standard RM23.00 seorang dewasa dan RM17.00 untuk kanak-kanak. Aku hanya ambil satu jer tiket kanak-kanak untuk anak buah aku yang dah berusia 7 tahun. Badan dia pun gempal sikit, hehehe, so memang patotlah dia duduk sorang-sorang. Untuk 8 orang dewasa dan seorang kanak-kanak, aku bayar RM201. Selesai bab tiket feri, so tunggu masa jer lah memandangkan sekarang baru jam 11.30 pagi.

Biasanya masa depart naik feri awal 10 minit. Aku nih jenis yang terurus dan jenis on-time sikit lagi-lagi melibatkan family. So, awal-awal lagi aku ajak family terus naik feri ngam-ngam pintu gerbang depart dibuka. Seperti biasa, tempoh 1 jam 30 minit atas feri, aku isi dengan mentidokan diriku.hahaha…

Dalam kul 2.15 ptg, feri tiba di jeti Kuah. Aku masih lagi mamai, sebab baru bangun tido lepas anak buah aku kejutkan aku. Dan ikut arahan agen tadi, aku kena tunggu depan KFC yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk ke jeti. Dalam masa yang sama, aku hubungi  agen transport aku untuk inform aku dah sampai ke jeti Kuah dengan harapan van yang aku sewa itu aku sampai sekejap je. Tapi korang tahu, bila aku call agen transport nih, nama dia Chuli (dah macam nama india), dia wat cam blur & tak tahu apa2. Dah lah aku tengah mamai lagi, bertambah kebluran aku. Takpa, aku sabar dan mintak family aku  sabar jap. Hampir setengah jam gak lah aku ngan family aku tunggu. Aku jenis yang cepatmelenting, lagi-lagi tengok mak bapak aku dah penat. Itu sebablah aku suruh korang ambil nombor agen yang deal korang tadi ngan driver kenderaan tadi. Cuak gak lah sebab aku cuba call office agen perlancongan tadi tapi takde dalam perkhidmatan. Nasib baik dalam resit bayar sewa keta ada nombor bos agen perlancongan. Dia pun macam takut2 bila aku bagitahu yang kenderaan aku tak datang pick up aku lagi. Dia cakap akan call jap lagi. Tapi tak lama kemudian, Driver call aku dan dia cakap akan datang pickup aku dalam masa 10 minit lagi. OK Fine! Lega gak lah aku.

Dalam kul 2.45 ptg, driver van akhir datang pick-up. Aku ajak abang ipar aku untuk ambik dan drive van tuh sebab aku tak pandai bawak van weh! Dan korang tahu van macamanakitorang dapat, van yang besar giler yang muat 12 orang. Aku tak tahu nama jenis van tu tapi memang aku rasa bertuah sangat weyh! Haha..gelak lagi. Aku bayar RM260 lagi untuk van ini, caj dia memang RM200tapi kebiasaanya sewaan transport kat Langkawi dia ambil deposit jaminan. Kalau korang jaga keta dan pulangkan kunci awal dari masa yang ditetapkan, korang boleh dapatkan balik deposit tuh. Dalam kes aku ni aku dapat balik RM100 tu masa hantar van nanti.

Dan sebelum aku pergi jauh lagi, sebenarnya korang boleh mintak kat agen perlancongan korang masa deal untuk dapatkan agen kenderaan korang yang berada straight dengan tempat beli tiket feri di jeti Kuah ni yang berada di belakang KFC nih, aku rasa ia lebih secured dan cepat. Sebab agen transport aku ni bukan agen transport betul2, dia hanya wat part time kerja bekalkan transport sambil jual jeans yang berada di Pekan Rabu 3 kilo dari jeti kuah. Masa ambil van, Si bos agen perlancongan call aku balik untuk tanya keadaan skang. Aku cakap dah ok dah. Aku bagitahu ni pun sebab aku hargai bos ni sanggup telefon untuk selesaikan masalah nih. Kalau servis orang lain memang tak lah kot. Si Chuli tadi pon sama. Biol!

Kemudian, aku ngan family cari Seaview Hotel, yang beberapa kilometer dari jeti kuah. Ngam-ngam masa tuh jam 3.05 minit sebab check in kat Seaview Hotel selepas jam 3.00 ptg. Lepas check-in, aku dibawa oleh guard hotel untuk ke Seaview Apartment yang berada beberapa meter saja dari jalan utama.  Sebenarnya, aku book apartment ni seminggu sebelum aku datang ke Langkawi nih. Bagusnya staf hotel seaview nih, diorang akan call tiap-tiap hari selagi korang tak bank-in deposit sewa korang untuk pastikan korang confirm dan serius dalam proses booking membooking nih. Hehe. 

Untuk 3 hari 2 malam, diorang caj RM320 per night. Jadi harga untuk apartment nih, RM640. Aku rasa apartment adalah yang terbaik dan berbaloi sangat memandangkan tempatnya yang best (berada dilaluan 20 meter jalan jeti kuah – padang matsirat), dekat dengan pekan Rabu,  view dari balkoni korang nampak laut, dekat masjid dan yang paling best, dia ada Breakfast set yang dihantar dalam pukul 7.30 pagi ke muka pintu apartment anda. So, takyah lah pepagi buta korang cari breakfast dah. Oh ya, apartment nih memang khas untuk 6 orang dewasa, ada 1 bed  double dan 4 bed single. tapi dengan kepintaran aku, aku sambung katil single bed jadi 1 dan boleh memuatkan Mak, 2 orang kakak dan seorang adik aku yang rata-rata body diorang taklah besar kedebab sangat. Bilik aku pulak, cukup untuk aku, ayah dengan 2 orang anak buah aku yang body mereka kecik2 jika dibandingkan dengan aku terutama si Amir yang selalu tidor berpeluk tuh. Haha. Cuma bantal jer korang kena request awal-awal. Mintak jer extra bantal tanpa katil sebab caj 1 katil diorang RM60 per night woo..!! pandai2 lah bajet k..
Apartment Sri Indah, Seaview Hotel.
View dari beranda
Untuk first day, cukuplah sepanjang hari ni letih kerja kejar mengejar nih. Sudahnya, pas mandi aku tertido dalam kul 4 disebabkan semalaman aku tak tidur. Kerja punya pasal. Dalam kul 6, aku keluar dengan family aku untuk menikmati waktu petang dekat Pantai Cenang. Mak dan ayah aku takmoh join sebab penat. Ambil gambar 2-3 das tapi view tak berapa best, sebab sesampai aku disana matahari dah tenggelam dah. Kakak aku pulak dah teruja sangat nak bershopping. Malam tuh, aku pun hanya beli keychain 10 ketul (benda wajib aku beli kalau ke mana aku pergi).Nafsu shopping kakak aku bertambah memuncak bila kitorang singgah kat bazar malam tengah bandar Kuah bila dia jumpa coklat dan beg bagasi yang murah-murah giler. Aku hold dulu kerja shopping menyopping sebab niat sebenar kitorang datang sini untuk tapau makanan, masing-masing dah lapar giler.

senja di Pantai Cenang
jejalan cuci mate..
Inilah kami.. Dah Sampai di bumi pulau Lagenda!



Bersambung la yer... panjang sgt dah...

No comments: