Friday, January 8, 2016

Krabi : Part 1

Assalam…

in positif tone....

Walaupun trip Krabi trip aci redah, tapi sikit-sikit aku faham ler kedudukan geografi dia masa trip nih. Nak suh aku google dan wat reasearch time ni semula, o no no no… memang tak lah, malas dah aku. Mari aku citer sikit berkenaan Krabi berdasarkan pemahaman cetek ni…
  • Located Krabi adalah berada selatan Thailand, mengadap laut Andaman.
  • Selain Pekan Krabi, pantai Ao Nang merupakan tarikan utama jika bertandang ke sini.
  • Disebabkan located di selatan Thailand, hampir separuh dari penduduk Krabi adalah beragama Islam dan berbahasa melayu (cam bunyi dialek Kelantan sikit).
  • Sebelum Krabi nih faymes, Phuket adalah destinasi paling popular di kalangan pelancong dan pengembara belah barat. Walau bagaimanapun, selepas kejadian tsunami yang melanda Phuket pada tahun 2004, perhatian mula beralih kepada Krabi.
  • Salah satu sebab Krabi mencaras populariti Phuket adalah angka korban kejadian Tsunami hanya dalam 28 orang, manakala Phuket beratus-ratus orang. Selain tuh, Kedudukan Krabi lebih dekat dengan main pulau yang sangat diberi perhatian iaitu Phi Phi Island dan Lanta Island.
  • Peak season Krabi adalah dari bulan Disember hingga April. Sebabnya, time nih negara-negara dari hemisfera utara kang ngah musim sejuk. So, diorang lari tempat panas cam ke Krabi nih. Lower season Krabi ialah September dan Oktober. Kerap hujan dan keadaan laut tak cantik.
Berkenaan itinerary lak, aku akan cerita secara ringkas. Bukan takde mood, aku takut agak bosan nanti kalau setakat cerita aku tido jer yang kuar nanti. Planning lari berterabur dari asal sebabkan hati remuk rendam pas member buat aku gitu..


Pengalaman hari pertama

Touch down airport Krabi International Airport selepas flight 1 jam 25 minit.

Tolong jangan amik sebarang pakej kat airport nih. Mahal. Sebaiknya amik dekat Krabi Town atau Aonang nanti. Disebabkan aku stay kat Haleeva Sunshine, Ao nang, aku amik shuttle bus jer. THB150/ pax. Bus ni nanti akan hantar ke depan hotel terus. (kena print alamat hotel atau bagi hotel booking terus kat drebar bus) kalau jenis travel reramai, teksi adelah pilihan terbaik, kadar charger yang aku discover ialah THB500 per car.






















Sampai kat hotel Haleeva Sunshine dan settle check in dalam kul 5 petang. Oh ya, masa Thailand lambat 1 jam dari Malaysia. walaupun baru 6 petang, tapi dah start gelap. Kira jam jer lambat 1 jam, tapi waktu matahari naik dan jatuh still sama cam Malaysia.

Untuk trip krabi nih, aku stay kat Dorm ajer. Ini first time aku stay dorm, sesorang plak tuh. Mula agak cuak juga takut terstay ngan mat salleh mabuk yang memacam, dan… itu jadi kenyataan bila mat salleh tuh tinggalkan kesan muntah dia dalam toilet. Agak bangsat jugak bile diorang nih berak tak flush. Nasib baik aku tak pakai spek mata time tuh. Jilake.

Walau bagaimanapun aku recommended hotel Haleeva Sunshine sebab dia bersih, dekat ngan pantai, kedai makanan halal sebelah pintu jer (kedai Bangboo), ader bar yang ada karoeke (so tak takut lah memalam sunyi), dekat ngan Masjid Ao nang (jalan kaki 3 minit) dan memacam lagilah…

Sampai tuh aku terlelap sekejap pastuh aku mingle around dekat Ao nang beach sesorang. Bayu pantai petang tu agak sendu sikit tapi view cecantik sangat. Baru nak tunjuk skill, tetiba bateri kamera abis.. siot tol. Ini jerlah hasil tangkapan pertama aku kat Krabi.




kedudukan Haleeva Sunshine di Main road. depan sikit masjid Ao Nang.

Malam tuh, aku melilau tanpa arah sekitar Aonang Walk, sampai ke mana pun aku tak tahu dah. Kira check up tempat dulu. Malam pertama aku dah jumpa maknyah-makyah ngan mak ayam dah… esok aku tak tau la ape aku jumpa lagi. (aku terlupa Thailand nih syurga seks dan maknyah bersepah)

Selain maknyah dan mak ayam, nak tau apa lagi trademark Krabi, next entri yer.

Ok, tbc …

No comments: