Tuesday, October 1, 2013

Reboot...

Assalamualaikum...

Gigih nih dengan azam baru. Azam nak hidupkan balik blog yang dah bersawang kelam hitam nih. Btw, sebenar takde apa pun nak bebelkan. Cuma nak revise balik momen dan harapkan sumthing yang baru akan muncul.

Kenapa nak harap sumething? sebab, dalam pada masa aku mula bukak blog sampai saat ini, bermacam dugaan sebagai umat manusia dan juga masyarakat malaysia yang tipikal, aku banyak dah lalui, pahit manis.. sakit senang, sakit-demam untuk mencapai kematangan sekarang.

Korang tengok lah post terakhir aku tuh.. bulan september 2009.. kalau ikotkan aku bukak blog nih masa aku praktikal pada tahun 2008 dan aku langsung mentah untuk kenal dunia. post tuh pon aku copy paste dari blog orang lain.hehehe. kan aku cakap, aku budak lagi masa tuh.

Aku cakap ni pon sebab aku taknak korang kata aku nih lembap pulak. ye lah, baru sekarang terhegeh-hegeh nak tulis blog.

sekarang aku dah capai umur dewasa. mungkin sikit sebanyak aku baca dari blog orang lain, dan dari pengalaman aku sendiri aku dah boleh pikir mana baik, mana buruk. mungkin penulisan aku boring, sebab kecenderungan aku lebih straight to point. kalau korang boleh ikut, ikutlah. korang rasa xleh blah.. sila tutup window ni skang!... ok? :)

No comments: