Wednesday, November 27, 2013

Langkawi : Part 3

Part 3 : Oriental Village - Cable Car & Dataran Lang

Kitorang gerak keluar dari aparment dalam kul 9.30 pagi dan main event kitorang hari ini ialah Cable car. Sebelum tuh, aku check out apartment siap-siap sebab nak claim balik RM50 deposit kunci hotel. Rule dia macam deposit transport yang aku cakap tu lah. Once kau lambat check out, kira deposit burn. Jadi aku checkout terus disebabkan aku rasa tak sempat sebab checkout Seaview Hotel ni pukul 12.00 tgh hari. Pas settle, kitorang gerak terus ke Oriental Village yang jauhnya kira-kira 25km. Tapi sebelum tuh, turn kakak aku pulak nak beli minyak gamat. Singgah lah jap dalam 10 minit. Sempat lagi aku, kakak dan adik aku shot gambar 2-3 das kat monumen botol gamat yang besar tuh.

Dalam perjalanan, kitorang singgah isi minyak kat petronas lepas turun jalan bukit Pantai Kok. Petronas nih betul-betul sebelah Telaga Harbour Quay. Cantik gak. Snap 2-3 gambar lagi sebelum terus gerak ke Oriental Village yang dah tak jauh dari Danna Hotel.

Telaga Harbour Quay
Masa kitorang sampai kat oriental Village nih, orang tak berapa ramai lagi. So, senang jer kitorang beli tiket Cable car. Untuk warganegara Malaysia yang ada IC, harga tiket RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Kali ni, mak dan ayah aku tak nak join sebab diorang takut high. Jadi aku bayar RM110 untuk 6 Dewasa dan 2 kanak-kanak.

Untuk naik cable car nih, korang ikut jer arahan die. Beratur dan sabar. Tak lama pun beraturnya. 1 cable car dimaksimunkan 6 orang jer tau. Jadi family aku terpaksa pecah 2. Time nih, aku rasa hanya aku sorang jer kot teruja giler, sebab kakak-kakak aku macam kecut jer dalam cable car, padahal diorang yang beriya yang nak naik. Kat atas gunung Mat cincang, dia ada 2 check point. Korang boleh turun check point pertama atau terus naik ke check point atas. Bagi aku, dah bayar mahal-mahal ni, rasa lah semua. Turun check poin pertama dan snap 2-3 gambar, pastuh gerak ke check point puncak gunung Mat Cincang.

Kat atas gunung takyah lah cakap cantik view bukit bukau dan laut membiru di atas hamparan bumi. Chewah! Insaf weh seketika. Takleh nak bayang betapa best duk kat atas nih. Angin dia pun sejuk jer macam duk kat Cameron Highland. Tapi memandangkan kitorang tinggal mak ayah kat bawah, jadi dalam masa 40 minit jer kitorang kat atas ni. Bagi aku dah cukup kot. Janji dah berdas-das gambar aku amek sebagai kenang-kenangan.

Time berangin sempoi2 pun.. orang berani mati jer bleh main atas nih
Landmark Langkawi
Dalam jam 1 petang kitorang gerak terus kat tempat sewa keta kat Pekan Rabu untuk checkout van sebelum bergerak ke jeti. Untuk ke jeti mestilah diorang kena hantar korang. Lepas settle bab van, aku terjah tempat tiket feri dulu untuk rebut time feri depart. Dapatlah aku naik feri pada pukul 2.30 petang nanti. Ada masa dalam 1 jam lagi, jadi kitorang ambil masa ini untuk bergambar di mercu utama Langkawi iaitu Monumen gergasi Helang kat Dataran Lang. Apa guna korang pergi Langkawi tapi takda gambar helang ni. Aku make short je duk kat dataran nih sebab panas weyh! Matahari mencanak panas kat kepala. 1 lagi aku menyampah duk kat sini, lagi-lagi masa pegang kamera, aku jadi photographer tak berbayar tourist lain. Hape? Ingat aku tukang ambik gambar korang ker?

Lepas settle kat Dataran Lang ni, jam baru kul 2.10 ptg, 20 minit lagi diisi dengan shopping coklat kat dalam jeti. Tepat jam 2.30 petang aku ngan family aku terus gerak naik feri untuk pulang ke Kuala Kedah. Maka tamatlah cuti-cuti Langkawi aku nih dan aku rasa dah cukup kot aku datang sini. Next time aku target tempat lain lak.

Langkawi : Part 2

Part 2 : Island Hopping

Gusar gaklah pagi tuh sebab hujan turun renyai2. Plan awal aku nak pergi kat Beras Terbakar kemudian Island Hopping. Tapi kalau dah hujan ni, aku terpaksa cancelkan Beras Terbakar awal-awal lagi dan aku pikirkan nak wat indoor jer. Nak gi Underwater. Tup-tup, hujan berhenti  dalam kul 10 pagi dan plan aku untuk Island Hopping on. Kali ini semua family aku join. Untuk aktiviti Island Hopping ni, aku kena pergi ke Pantai Cenang sekali lagi. Tapi sebelum sampai Pantai Cenang, kita orang drop jap kat tempat beli ubat gamat sebab mak aku nak beli ubat katanya. Aku tak teruja dengan benda mak-mak ni, so aku hanya ushar-ushar jap sebelum aku dok tepi kedai sambil main game dalam telefon.ngeh3

Kat Nusantara Maju ent.. tempat jual ubat gamat fresh..
Lepas dah puaskan hati mak aku,  kitorang gerak ke Pantai Cenang untuk cari tiket aktiviti Island Hopping hari ini. Selepas ditimbangtara, aku terima nikahnya,  hehe..aku beli… beli ke? Aku join aktiviti Hopping yang disediakan agen island hopping yang kedainya betul-betul kat depan Hotel AB. Aku purchase kat agen ni sebab tempat nih lah paling murah iaitu RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Agen-agen lain pun ada sedia, berlambak tapi rata-rata kenakan RM30 dan RM35 per head takat aku survey nih. 

Harga kat AB Hotel ni aku rasa dah ok, jadi aku deal dengan 8 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak dengan harga total RM230. Trip nih bermula jam 2.00. Sebelum pergi pusing-pusing pulau jap lagi, amat disyorkan lah gi makan dulu. Kitorang gerak kat tempat makan yang berada tak jauh dari Pantai Cenang ni. Destinasinya, mestilah kedai makan Makcik-makcik ala kampung sebab kat situ dijamin murah dan sedap, halal lagi. Sebut pasal makan kat Langkawi ni, memang sangat senang. kalau korang nak bajet dan simple, makan lah kat kedai makcik-makcik ni bak kata kakak aku. Senang cari, murah dan sedap!

Lepas makan,  kakak-kakak aku pusing  kedai-kedai kat Pantai Cenang sementara aku dengan mak ayah lepak tepi pantai. Angin berderu-deru membuatkan aku lupa pasal kerja jap. Kat situ pun, banyak mat-mat saleh berjemur. So dapatlah cuci mata jap.hahaha. Tepat jam 2 ptg, aku gerak ke perlabuhan bot yangaku lupa namanya. Takpa, dengan AB trip ni, korang dibawa sendiri oleh driver AB hotel yang akan datang ambil pergi balik korang dari AB Hotel ke jeti. Korang hanya tampal sticker warna hijau kat baju korang kalau korang taknak ditinggalkan jer.

Petang cenang 1 ptg. time2 nih lah mat & minah salleh suka berjemur... cuci mate lagi..hehe
jeti tmpat naik bot untuk Island Hopping..
Nampak gunung cam pompuan ngadung tgh baring ni.. Ni lah Pulau Dayang bunting.

Disebabkan aku punya member family ramai, so kena lah tunggu lama sikit untuk diorang arrange bot mana-bot mana. Family aku diberi satu bot yang agak besar dengan 2 enjin shared dengan 2 family lain. Tak kesah janji boleh pusing-pusing pulau. Walau bot kitorang yang paling last gerak dari jeti, tapi bot kitorang antara yang paling cepat. Korang bayangkanlah betapa lajunya bot kitorang. Sampai senget-senget tudung kakak-kakak aku. Rambut aku pulak takyah cakaplah, bersepah! Dalam bot, tersengih-sengih tahan gelak tanpa sebab.

Aku lupa beberapa lama dari jeti ke pulau dayang bunting. Tapi dalam tempoh korang kena betul-betul lah nikmatinya sebab, bila lagi kang. Tengok keindahan pulau-pulau sudah cukup untuk aku insaf sekejap.  First pulau ialah pulau dayang bunting. Kat situ kitorang diberi masa 1 jam untuk ke tasik pulau dayang bunting. So kena cepat-cepat lah. Ayah aku memula lagi dah tarik diri, takmau dah dia naik bukit yang tinggi tuh. Semput katanya. Kat sini kitorang disambut oleh monyet yang  tak takut orang langsung! Pantang nampak benda berbungkus, semua pakat terkam ingatkan makanan. Kat sini janganlah sesekali korang bawak makanan, konon nak berkelah. Hah, berkelahlah korang dengan beruk-beruk ni semua. 

penyambut tetamu pulau dayang bunting

Naik ke tasik dayang bunting taklah jauh sangat, dalam 100 meter jer kot, tapi kena menapak daki bukit ler. Semput gak lah aku, wat malu ngan mak aku jer. Sesampai kat tasik, subhannallah cantik sungguh weh.  Tak tahu cakap apa melainkan korang alami sendiri. Kat sini, aktiviti aku mestilah ambil gambar berdas-das.  Aku ngan adik aku jer yang lebih poyo. Yang lain tak tahu wat apa. Jangan lepas nih nyesal lak takde gambar. Anak buah aku, mandi jer kejenya kat kolam kecik atas pelantar nih. Bab mandi, jangan tanya aku. Hanya orang terrer berenang jer boleh terjun dalam tasik yang dalam lebih kurang 14 meter tuh. Jangan harap aku nak terjun. Cari maut tuh. 

Ok dah settle Pulau Dayang Bunting, kitorang bergerak pulak ke Pulau Singa Besar untuk lihat burung helang yang sambar menyambar daging ayam. Tak ada apa yang best pon sesi ni, sebab kitorang hanya lihat helang terbang jer. Tapi, ambil lah gambar helang 2-3 das, sekuang-kuang moment nih jadi kenangan korang. Then baru lah, kitorang gerak Pulau Beras Basah untuk acara mandi-mandi dan berkelah. Kat sini barulah korang boleh keluarkan bekal makanan korang sebab dah tak ada gangguan monyet dah. Makan lah dengan tenang dan diingatkan tau, kat sini tak ada toilet. Aku pun tak faham naper sini tak ada toilet. Mungkin pengusaha pulau ni consider yang orang datang sini semua akan mandi. So boleh lah kencing dah berak dalam air agaknya.hahaha. kesian mak aku nak buang air kecil time tuh.  Kat pulau ni pun dia bagi masa 1 jam sepatutnya, tapi abang driver bot bagi extra lebih 15 minit kerana masa masih panjang.  Masa untuk berposing lagi.  Kemudian masa kat jeti bot kat sini, aku perasan banyak tol ikan yang bermain-main kat bawah jeti. Ada satu sudut aku lepak kat situ untuk tengok ikan tuh. Tak ada apa pun. Cuma nak cakap banyak anak ikan comel jer kat sini… hehe.

Helang makan (Eagle Feeding)
Jeti Pulau beras Basah
View Pulau Beras Basah

kalau bleh saut ikan ni, lama dah aku saut, jemur wat  ikan kering
Trip pusing-pusing pulau akhir tamat dengan kitorang dibawa balik kat tempat kitorang naik bot tadi. Badan aku dah lemau dah nih. Sesampai, kakak aku dah teruja nak beli sourvernir yang ada gambar kitorang. Ikot malas nak layan, mahal kot 1 pinggan RM10. Pandai diorang berniaga tau. Bayangkan kitorang 10 orang diambil satu-satu gambar pastu print, lekatkan pada pinggan putih. Kitorang 10 orang, jadi RM100 lah. Membazir ingat sekali.

Kitorang balik ke apartment dan berehat sekejap. Kakak-kakak aku plan nak ke Bazar lagi malam nih. Aku tak ikut. Maleh lah aku. Kali ni diorang dah kaw-kaw shopping. Baju, keychain, coklat siap bag bagasi lagi. Nasib baik kakak-kakak aku bukan jenis gila pinggan mangkuk. Mau tak,  jadi cerita aku lah. Pas makan, kitorang mula mengemas-ngemas barang. Esok last day kot.


Bersambung lagi...

Langkawi : Part 1

Yuuhhuuu!!! Musim bercuti-cuti aku dah tiba. Walaupun, agak terkejar2 dengan kerja yang menimbun di ofis, kan ku lupakan untuk sementara. At least untuk 3 hari ini. Plan ke langkawi dengan family dah berzaman aku simpan sejak melawat pulau langenda ini untuk kali pertama lebih kurang 2 tahun lepas. Tapi tuh cuti-cuti bajet. Satu hape pun aktiviti menarik aku tak buat, tapi takpe… kali ini ada beberapa aktiviti yang aku listkan untuk habiskan 3 hari 2 malam dekat Langkawi ni… Check it Out! Hohoho…

Part 1: Seaview Hotel & Pantai Cenang

Hari pertama biasa lah, kerja check in mencheck in dilakukan. Lepas lebih kurang 6 jam drive dari KL ke kuala kedah, ditambah pulak dengan naik feri dalam 1 jam 30 minit dari jeti kuala kedah ke Jeti Kuah, naik keras gak ler buntut aku. Kalau korang dah sampai kat kuala kedah nih, toksah risaulah pasal feri ke, transport dekat pulau ke ataupun penginapan. Tempat parking untuk yang drive sendiri pun korang toksah risau sangat. Sebabnya agen perlancongan kat sini antara yang terbaik pernah aku jumpa. Hah! Nampak tak pengiktirafan aku ni. Sebabnya, agen pelancongan akan mencadangkan dan menyediakan urusan transport  korang dekat pulau dengan tempat menginap. Korang hanya pilih nak keta apa dan tinggal kat mana jer.  Agen akan tanya bajet korang sebelum diorang bagi cadangan, so masa ni korang jangan poyo pulak cakap duit korang banyak, kang dia bagi hotel mahal RM1200++ semalaman untuk korang baru korang semput  kang! Ukur baju badan sendiri lah...

Tapi second trip aku ke langkawi ni memang special case, kira magic dan sangat lucky lah aku rasa. Sebab masa kat trafic light lagi aku disapa dengan sorang brader ni, dia tanya aku mana  aku parking keta untuk ke langkawi. Aku pun tak tahu macam mana dia tahu aku nak ke pulau, setahu aku, aku tak letak signboard depan keta aku tulis “KAMI NAK BERCUTI KE LANGKAWI”… haha.. maybe dia tengok no plat keta aku kot. Orang luar, so nak ke mana lagi kalau tergedek2  ke jeti Kuala kedah. Brader tadi pun bawa aku ke tempat parking dia, dan teka apa..? Dia bawa aku kat tempat parking yang sama aku park keta masa first trip aku dulu. Hoho. Tempat parking aku tuh macam dewan serba guna tau, so berbumbung lah. Owner tempat parking nih aku tak sure, tapi aku rasa pakcik yang berkopiah putih. Aku pun bukan jenis peramah sangat so, abaikanlah! Disebabkan aku sampai dalam pukul 10, brader parking caj aku dengan caj full day dengan RM20 per day. Maknanya RM60 untuk 3 hari. Tambah 1 lagi keta  abang ipar aku, RM120. Selesai. Oh ya, kat parking nih, korang kena tinggalkan kunci, sebab senang diorang nak alihkan keta lain yang nak keluar masuk. Takpe, percayalah pada Allah yang keta korang tak diapa-apakan. Jangan terkejut lak yer. (Aku konfius lagi sebenarnya, atau aku lupa2 lagi dengan harga caj dia, dulu first trip aku, aku kena caj RM15 untuk 2 hari jer (keta kancil) tapi…. Abaikanlah! Harga minyak naik agaknya!)

Ok, abang parking tadi tanya aku dah ada transport ke belom kat pulau. Aku cakap tak, sebab aku dah penat sangat nih nak pikir-pikir, lagi-lagi aku yang jadi incharge trip family aku ni. Dia suruh aku jumpa dengan agen perlancongan dia, ofis dia betul-betul belakang dewan tuh. Apa nama pun aku dah tak ingat dah.  Dengan keadaan kami yang seramai 11 orang nih (8 dewasa, 3 kanak-kanak), dia cadangkan van atau avanza jer dengan RM100 per night.  Tapi, pastikan korang tanya dulu condition kenderaan tuh ok ke tak. Tak semput dan tak meragam. Wat masalah jer nanti. Tang part aircond, aku leh consider lagi, sebab aku lebih prefer angin pulau dari air cond. Hehe. Pas aku confirmkan van jenis vannette dengan caj RM200 untuk 3 hari (cara kira caj dia sama dengan caj hotel - price per night), Aku on jer sebab dah murah dah tuh. Untuk close deal sewa van nih, agen mintak RM40 jer dan baki RM160 akan dibayar pada penyewa van nanti. Dan lagi best, agen nih akan tolong belikan tiket feri sekali. Halamak, best tol lah! Takyah nak beratur panjang2 lagi. Sebelum korang blah, aku ingatkan untuk korang dan diri aku juga supaya ambil nombor telefon agen yang deal dengan korang, office dia dan driver yang hantar keta korang nanti. Lagi banyak nombor lagi bagus. Ambil jer dulu, nanti aku cerita jap lagi kenapa.

Akak agen perlancongan kitorang..
view jeti Kuala Kedah
Anak buah aku dlm feri...
Aku dapat tiket naik feri pada jam 12.30 tengah hari dengan harga standard RM23.00 seorang dewasa dan RM17.00 untuk kanak-kanak. Aku hanya ambil satu jer tiket kanak-kanak untuk anak buah aku yang dah berusia 7 tahun. Badan dia pun gempal sikit, hehehe, so memang patotlah dia duduk sorang-sorang. Untuk 8 orang dewasa dan seorang kanak-kanak, aku bayar RM201. Selesai bab tiket feri, so tunggu masa jer lah memandangkan sekarang baru jam 11.30 pagi.

Biasanya masa depart naik feri awal 10 minit. Aku nih jenis yang terurus dan jenis on-time sikit lagi-lagi melibatkan family. So, awal-awal lagi aku ajak family terus naik feri ngam-ngam pintu gerbang depart dibuka. Seperti biasa, tempoh 1 jam 30 minit atas feri, aku isi dengan mentidokan diriku.hahaha…

Dalam kul 2.15 ptg, feri tiba di jeti Kuah. Aku masih lagi mamai, sebab baru bangun tido lepas anak buah aku kejutkan aku. Dan ikut arahan agen tadi, aku kena tunggu depan KFC yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk ke jeti. Dalam masa yang sama, aku hubungi  agen transport aku untuk inform aku dah sampai ke jeti Kuah dengan harapan van yang aku sewa itu aku sampai sekejap je. Tapi korang tahu, bila aku call agen transport nih, nama dia Chuli (dah macam nama india), dia wat cam blur & tak tahu apa2. Dah lah aku tengah mamai lagi, bertambah kebluran aku. Takpa, aku sabar dan mintak family aku  sabar jap. Hampir setengah jam gak lah aku ngan family aku tunggu. Aku jenis yang cepatmelenting, lagi-lagi tengok mak bapak aku dah penat. Itu sebablah aku suruh korang ambil nombor agen yang deal korang tadi ngan driver kenderaan tadi. Cuak gak lah sebab aku cuba call office agen perlancongan tadi tapi takde dalam perkhidmatan. Nasib baik dalam resit bayar sewa keta ada nombor bos agen perlancongan. Dia pun macam takut2 bila aku bagitahu yang kenderaan aku tak datang pick up aku lagi. Dia cakap akan call jap lagi. Tapi tak lama kemudian, Driver call aku dan dia cakap akan datang pickup aku dalam masa 10 minit lagi. OK Fine! Lega gak lah aku.

Dalam kul 2.45 ptg, driver van akhir datang pick-up. Aku ajak abang ipar aku untuk ambik dan drive van tuh sebab aku tak pandai bawak van weh! Dan korang tahu van macamanakitorang dapat, van yang besar giler yang muat 12 orang. Aku tak tahu nama jenis van tu tapi memang aku rasa bertuah sangat weyh! Haha..gelak lagi. Aku bayar RM260 lagi untuk van ini, caj dia memang RM200tapi kebiasaanya sewaan transport kat Langkawi dia ambil deposit jaminan. Kalau korang jaga keta dan pulangkan kunci awal dari masa yang ditetapkan, korang boleh dapatkan balik deposit tuh. Dalam kes aku ni aku dapat balik RM100 tu masa hantar van nanti.

Dan sebelum aku pergi jauh lagi, sebenarnya korang boleh mintak kat agen perlancongan korang masa deal untuk dapatkan agen kenderaan korang yang berada straight dengan tempat beli tiket feri di jeti Kuah ni yang berada di belakang KFC nih, aku rasa ia lebih secured dan cepat. Sebab agen transport aku ni bukan agen transport betul2, dia hanya wat part time kerja bekalkan transport sambil jual jeans yang berada di Pekan Rabu 3 kilo dari jeti kuah. Masa ambil van, Si bos agen perlancongan call aku balik untuk tanya keadaan skang. Aku cakap dah ok dah. Aku bagitahu ni pun sebab aku hargai bos ni sanggup telefon untuk selesaikan masalah nih. Kalau servis orang lain memang tak lah kot. Si Chuli tadi pon sama. Biol!

Kemudian, aku ngan family cari Seaview Hotel, yang beberapa kilometer dari jeti kuah. Ngam-ngam masa tuh jam 3.05 minit sebab check in kat Seaview Hotel selepas jam 3.00 ptg. Lepas check-in, aku dibawa oleh guard hotel untuk ke Seaview Apartment yang berada beberapa meter saja dari jalan utama.  Sebenarnya, aku book apartment ni seminggu sebelum aku datang ke Langkawi nih. Bagusnya staf hotel seaview nih, diorang akan call tiap-tiap hari selagi korang tak bank-in deposit sewa korang untuk pastikan korang confirm dan serius dalam proses booking membooking nih. Hehe. 

Untuk 3 hari 2 malam, diorang caj RM320 per night. Jadi harga untuk apartment nih, RM640. Aku rasa apartment adalah yang terbaik dan berbaloi sangat memandangkan tempatnya yang best (berada dilaluan 20 meter jalan jeti kuah – padang matsirat), dekat dengan pekan Rabu,  view dari balkoni korang nampak laut, dekat masjid dan yang paling best, dia ada Breakfast set yang dihantar dalam pukul 7.30 pagi ke muka pintu apartment anda. So, takyah lah pepagi buta korang cari breakfast dah. Oh ya, apartment nih memang khas untuk 6 orang dewasa, ada 1 bed  double dan 4 bed single. tapi dengan kepintaran aku, aku sambung katil single bed jadi 1 dan boleh memuatkan Mak, 2 orang kakak dan seorang adik aku yang rata-rata body diorang taklah besar kedebab sangat. Bilik aku pulak, cukup untuk aku, ayah dengan 2 orang anak buah aku yang body mereka kecik2 jika dibandingkan dengan aku terutama si Amir yang selalu tidor berpeluk tuh. Haha. Cuma bantal jer korang kena request awal-awal. Mintak jer extra bantal tanpa katil sebab caj 1 katil diorang RM60 per night woo..!! pandai2 lah bajet k..
Apartment Sri Indah, Seaview Hotel.
View dari beranda
Untuk first day, cukuplah sepanjang hari ni letih kerja kejar mengejar nih. Sudahnya, pas mandi aku tertido dalam kul 4 disebabkan semalaman aku tak tidur. Kerja punya pasal. Dalam kul 6, aku keluar dengan family aku untuk menikmati waktu petang dekat Pantai Cenang. Mak dan ayah aku takmoh join sebab penat. Ambil gambar 2-3 das tapi view tak berapa best, sebab sesampai aku disana matahari dah tenggelam dah. Kakak aku pulak dah teruja sangat nak bershopping. Malam tuh, aku pun hanya beli keychain 10 ketul (benda wajib aku beli kalau ke mana aku pergi).Nafsu shopping kakak aku bertambah memuncak bila kitorang singgah kat bazar malam tengah bandar Kuah bila dia jumpa coklat dan beg bagasi yang murah-murah giler. Aku hold dulu kerja shopping menyopping sebab niat sebenar kitorang datang sini untuk tapau makanan, masing-masing dah lapar giler.

senja di Pantai Cenang
jejalan cuci mate..
Inilah kami.. Dah Sampai di bumi pulau Lagenda!



Bersambung la yer... panjang sgt dah...