Friday, March 28, 2014

Bandung : Part 3

Haiyooo… penat gak nak menaip nih… kan best kalau ada software yang bleh translate voiceover ke bentuk teks. Takyah nak keras buntut duduk dan menaip nih. Huussshhh…. (‘-_- )

Day 3 : Tangkuban Perahu

Pagi tuh, cuaca nampak best jer. Alhamdulillah…. Trip diteruskan ke Tangkuban Perahu. Kitorang dah siap2 kemas dah packing sebab hari ini last day di bandung. Breakfast macam biasa di Serena Hotel sebelum menunggu Wawan yang lambat sikit hari sebab tersangkut jam katanya. Maklumlah hari ini hari Ahad, paham2 jelah. Dalam 8.30 pg baru dia sampai, dan kitorang teruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu yang berada di daerah Subang (bukan Subang, Petaling Jaya yer...), Jawa Barat.

Pak Wawan yang kacak bergaya.

Bercakap pasal Tangkuban Perahu ni, dia macam Langkawi lah. Penuh cerita lagenda pasal Dayang Sumbi dengan Sankuriang, try klik link ini untuk baca kisah tangkuban perahu ni. Ok, perjalanan dia amik masa 1 jam je dari bandar Bandung.

Tiket masuk ke Tangkuban Perahu adalah IDR150000 seorang (bukan warganegara Indonesia) dan IDR15000 untuk kenderaan. Dia tak macam kawah putih yang sediakan ontang-anting, kira terus naik dengan driver-driver sekali. Perjalananan dari guard house ke destinasi dikehendaki dalam 1km jer.

Main attraction Tangkuban perahu yelah Kawah Ratu. Kawah paling besar dan ramai orang yang pusing-pusing sekitarnya. Selain Kawah Ratu, ada Kawah Domas ngan Kawah Upas. Kawah Domas kalau korang banyak masa dan duit lebih, boleh pergi sebab dia kena tambah beberapa ratus ribu rupiah lagi untuk masuk dan jungle trekking selama 1 jam lebih untuk sampai ke Kawah Domas tuh. Kawah Upas tak faymes sangat, tak pegi pun takpe.

Kat Tangkuban Perahu tak sama dengan kat Kawah Putih. Ramai tourist seriau nak ke Tangkuban Perahu ni. Sebabnya mana-mana korang pergi mesti kena kacau dengan penjual-penjual yang suka mendesak. Wawan sendiri pun cakap jangan layan sangat penjual-penjual nih sebab mereka jual barang mahal-mahal woo.. setakat aku survey, ramai gak jadi mangsa. Kalau taknak tempat nih jadi nightmare korang, tolonglah kena kuatkan iman korang.

Nak cakap aku pandai, ada lah sikit, dari pemerhatian aku, selain pujuk rayu dan mendesak untuk beli barang diorang , diorang juga guna taktik bagi pertolongan. Contohnya, nak tolong ambil gambar lah, pegang barang kita, tunjuk tempat ke atau apa-apa jer konon diorang ikhlas dan baik-baik. Dalam baik-baik ni lah dia guna kesempatan, sekali korang bagi diorang ambil gambar pun, mampos dia ikot selagi barang diorang tak dibeli. Pastuh mula mengungkit-ungkit. So, korang jangan bagi diorang tolong tau abang-abang kakak-kakak. Pandang muka diorang pun jangan OK!

Lepas ambil gambar bagai dan bertafakur kejap dalam 5 minit (takleh lama-lama, kiri-kanan duk tarik-tarik baju suh beli barang bagai), aku decide nak balik dah memandangkan kitorang kena hadap perjalanan 3 jam lagi ke Jakarta jap lagi. Sebelum tu, aku sempat rembat T-shirt Tangkuban Perahu 3 helai, keychain 5 jambak, magnet fridge 4 ketul dan tasbih batu gunung berapi 1 set. Semuanya aku beli kat kedai-kedai yang berada atas Tangkuban nih. Murah dan buleh tawar-menawar. Tu yang best tuh.

berasap-asap lg ok...

Ok takat ni jelah untuk Bandung. Trip ke Jakarta aku wat entri lain ok. See Ya!

TBC…..

Monday, March 24, 2014

Bandung : Part 2

Jom sambung day 2, sementara aku tengah ada masa ni.

Day 2: Kawah Putih, Jalan Riau & Pasar Baru

Hari kedua bermula dengan ke Kawah Putih. Lepas bersiap-sedia dan breakfast kat hotel serena, jam 8.00 pagi kitorang tunggu driver kitorang. Aku sebut driver sebab rasa tak berapa best plak panggil driver dengan nama supir. Ntah ler, supir-supir ni cam merendah-rendahkan orang plak. Driver kitorang namanya Pak Wawan. Aku panggil dia wawan jer sebab dia muda lagi, baru 30 tahun. Mula-mula jumpa, dia cam malu-malu gak lar. Aku pun bukan jenis cakap banyak, tapi lama-lama dia ok jer, peramah dan helpful sangat. Sabar je layan perangai sengal kitorang nih.

Oh ya, Wawan nih dari Hayuka Bandoeng bandung trip agent. Aku jumpa Hayuka ni hasil google-menggoogle, so jumpa lah Hayuka nih kat FB. Selain tuh, aku dapat gak no whatapp seorang lagi driver nama Pak Iman tapi tak deal pun dengannya, sebab rata-rata harga supir/driver sama jer. IDR450000-500000 per day. Di Hayuka nih plak IDR390 000 bandung trip dia dan Wawan minta tambah IDR100000 untuk ke Kawah Putih.

Perjalanan ke Kawah Putih yang berada di daerah Ciwidey lebih kurang 3 jam termasuk jam atau macet bak kata Wawan. Jalannya lebih kurang ke Cameron Highland jer kalau kat tempat kita tapi tak extreme dia punya bengkang-bengkok lah. Parking lot dia ada tempat jual-jual barang dan kedai makan. Untuk masuk ke Kawah Putih, ada 2 cara sama ada nak naik dengan driver dengan tambah berapa rupiah aku tak hinggat atau naik ontang-anting (suttle bus) jer. Dah tentu lah aku ambil yang jimat, naik ontang-anting. Dan tiket plak, aku dapat special price, yakni harga tiket untuk warga indon. Inipun Wawan yang deal ngan kakak kasir tuh, aku juru hulur duit je. Harga sebenar untuk tourist aku tak ingat, tapi untuk 4 orang dalam IDR200000++, tapi bila dapat harga special nih dapat IDR178000 untuk 4 orang. Terima kasih Wawan!

Dari parking ke Kawah Putih tak lah jauh. Dalam 5-10 minit dah sampai dah kat parking ontang-anting. Then, berjalan pulak ke kawah-putih. Kat sini ada bau belerang tak lah kuat sangat, jadi takyah lah termakan pujuk penjual yang jual penutup hidung. Wat rugi IDR10000 jer.

Masa aku sampai tuh, mendung-mendung nak hujan. Air kat kawah putih berwarna hijau turqoise. Poyo information, air kat kawah putih ni akan berubah color kalau ikut masa dia tau. Kata Wawan, air jadi warna biru time musim tengkujuh dan merah kalau time kemarau. Selain air, pokok di sekeliling tasik kawah putih pun pelik gak, warna hitam dan tak berdaun macam kena bakar padahal suhu sejuk kat sini. Korang jangan tanya aku plak apehal lah jadi camnih. Kang aku bagi ajaran sesat lak kang. Korang google lah lau nak tau lebih. <klik sini untuk info> Bagi aku, semua kuasa Allah Azza wa Jalla.

Dalam masa 40 minit kot, kitorang dok sini. Snap 2-3 gambar sebelum naik balik kat tempat parking ontang-anting tadi. Itu pun hujan yang halau kitorang sebab dalam masa 40 minit macam singkat sangat beb. Turun dari kawah putih, lunch kat satu kedai bakso. Wawan join tapi dia tak makan. Katanya dia memang tak makan time nak drive. Ngatuk katanya. Sebelum bertolak balik, aku sempat beli keychain kawah putih seketul jer sebab design tak cantik dan tak banyak pilihan. Seketul tuh pun dah IDR5000. Mahal weyh. Beli pon untuk tanda ingatan jer. Pastuh aku beli strawberi 2 kotak dengan harga IDR20000.










Ikut plan aku ada 3 tempat nak aku gi bershopping di area Factory Outlet yang faymes di kalangan tourist Malaysia iaitu Jalan Braga, Jalan Dago dan Jalan Riau tapi aku pilih satu yang dekat ngan hotel sebab aku dah penat. Ekceli, aku tak tahu pun condition ketiga-tiga tempat nih. Jadi aku refer Wawan, kata Wawan; jalan Braga nih ada bangunan-bangunan lama hasil tinggallan portugis dan area jual hasil seni lukisan. Jalan Dago dan Jalan Riau plak memang kawasan Factory outlet, tapi wawan rekemen gi Jalan Riau.

Dalam perjalanan, kitorang lalu di area Cibaduyut. Haahh… kalo kakak-kakak, abang-abang jenis giler barangan kulit ori cam beg, kasut, jaket sinilah tempatnya. Cibaduyut yer. Punyalah bagus wawan, nak jer dia berhenti nak bagi kitorang tengok. Tapi takpelah, aku tak prefer sangat barangan kulit-kulit bagai nih. Sampai kat Jalan riau, kitorang berhenti kat first outlet iaitu Secret. Tempat dia cun, tapi apa yang aku pikir tau – aku expect tempat nih cam pasar baru, boleh bargain harga, tapi rupa-rupanya tak. Tempatnya sebijik sama macam korang beli kat Reject Shop tahu tak. Sehelai baju ada tulisan I love Bandung pun tarak. So, bagi aku FO kat tak berapa best lah. Terus aku minta Wawan bawa aku ke Pasar Baru yang dekat yang amat.

Kat Pasar Baru mulalah aku mengganas. Tak payah citer banyak yer . Kat sini aku rembat, t-shirt I love bandung 12 helai, keychain 5 jambak, kain semayang (tempat yang sama yang beli semalam) 3 pasang, kain pelikat 2 helai, baju anak buah aku 3 pasang dan buah salak 2 kg. harga takyah cakap ya. Tang kain semayang tuh lagi best harga. Beli banyak, banyak plak diskaun. Pas habis shopping, hujan turun lagi dengan lebat dan kitorang pun balik dalam kul 6 petang sampai hotel. Sebenarnya tempoh servis driver kul 8pg- 9 mlm. Tapi takpelah, aku pun dah penat sebenarnya. Jadi balik awal lah si Wawan tuh. Untuk first day nih, aku bagi dia IDR550000 sekali ngan tips.

Then, aku berehat jap sampai maghrib dalam untuk pergi ke Paris Van Jawa. PVJ ni kitorang pergi untuk suka-suka jer. Takde harapan tinggi pun. Seperti yang jangkakan, tempat nih memang High Class untuk orang Bandung. So, ramai orang-orang kaya Bandung aku jumpa dan kebanyakan kaum Cina yang takde pelat cina bila bercakap. Semua straight bahasa indonesia atau jawa. Kuat betol perkauman diorang…. keh3. Kat PVJ nih ada Carrefour, Sogo dan 2-3 outlet faymes lagi. Serius cakap, sebijik korang berjalan kat area Alamanda ataupun jalan TAR. Kat Carrefour, aku beli t-shirt untuk dipakai esok dengan harga IDR59000 sehelai.

Indonesia faymes ngan Carrefour ok..

Dari stesen bandung ke PVJ, jujur aku cakap takde transport selain teksi. Nak guna teksi kena runding lah yer sebelum naik. Runding baik-baik tau. baik lah hasil yang korang dapat. Macam kitorang dapat IDR50000 masa nak pegi. Driver teksi yang masa pegi tuh caj IDR50000 seorang memula, tapi kitorang runding last-last dapat IDR50000 untuk 3 orang. Kira 1 keta lah tuh. Abang driver ni pun kategori baik dan helpful gak tau. korang tanya apapun pasal bandung, dia jawab dengan baik sekali k... nama dia aku tak tau. kalu tahu pun bukan leh jumpa lagi pun pasni kang. Pastuh balik, caj teksi PVJ ke hotel serena pulak IDR60000 per car.

Sampai kat hotel, kitorang dinner KFC lagi sebelum masuk tidur. Kumpul tenaga sebab esok nak jalan jauh. Nak patah balik ke Jakarta pulak esok.

TBC..........

Sunday, March 23, 2014

Bandung : Part 1

#tafakurberdoauntukMH370

Assalamulaikum…

Ahhah!, berjaya gak first trip oversea aku setelah lama aku impikan….hehe. Yelah, asyik bercuti dalam negara jer, tu pun main kat semenanjung jer.. bosan tau… Sesekali keluar dari Malaysia, memang pengalaman bercuti yang memorable dan terbestttt bangat untuk aku.

Tanpa membuang masa, aku nak buat rempitan percutian aku ke Jakarta – Bandung pada minggu lepas iaitu 14 mac 2014 hingga 17 Mac 2014. Macam biasalah, aku seperatedkan by hari, senang sikit aku nak citer. Korang pun mudah paham nanti. Tapi sebelum tuh, aku nak ucap terima kasih kat Airasia sebab sediakan tiket murah ke jakarta. Return ticket aku RM213 jer (termasuk insure insurance walaupun xbawak luggage… mengong!) AirAsia! Wat lah promo best2 selalu yer…

Day 1 : Stesiun Gambir, Blue Bird taxi, Damri Bus & Argo Parahyangan

Flight ke Jakarta jam 7.00 pagi tapi jam 4.00 pagi kitorang dah tercegat kat LCCT dah. Tak nak rushing mushing katanya padahal, memasing teruja nak naik flight. Nak ke LCCT nih, aku drive sendiri dan parking kat Zone C yang jauh giler nak menapak ke Terminal. Nak wat camne, Zon C nih yang paling murah. RM16 per day jer. Kalo tanya pasal secured tak secured, aku cakap tawakal je lah. Sebab tak dengar lagi orang hilang kete kat parking area nih. Pas settle keje-keje check-in dan check-up imigresen, tercongok memasing kat waiting room nak tunggu jam 7 pagi tuh.

Flight makan masa 2 jam perjalanan sebelum sampai kat Airport Jakarta. Dalam pada masa nih, memang diwajibkanlah untuk isi borang arrival dan declaration. Sila bawa pen yer. Masa nih nasib baik, geng2 mak datin sebelah aku bagi pinjam pen diorang. Selesai isi borang, tido jerlah keje aku.

On the way to LCCT
LCCT jam 5.00 pgi
Soerkano - Hatta Airport Terminal 3 jam 8.15 pg

Dalam kul 8 pagi waktu indon (kul 9 pagi waktu malaysia) aku selamat gak sampai kat Soekarno-Hatta international Airport, Jakarta. Cuak beb, mana taknya, berita kehilangan MH370 masih lagi bualan hangat time nih. Keluar dari airport, kena rushing sikit untuk dapatkan tiket bas Damri untuk ke Stesen Gambir. Sebab kat Stesen Gambir nantilah naik kereta api untuk ke Bandung, ya pak yaa…

Ekceli, selain bus damri, boleh gak guna teksi Blue Bird. Tapi aku tak tau berapa harga tambangnya. Kata orang, Blue bird guna meter dan selamat berbanding teksi lain. tapi, aku lebih prefer naik bas sebab konpem murah dan percentage kena tipu zero. Seorang tiket bas damri dari airport ke Stesiun Gambir IDR30 000 ok. Convert duit mesia :RM8.40. – sebenarnya harga tiket nih naik tau, last aku check harga tahun lepas dalam IDR25000 jer. Minyak naik kot. Nampak tak? Efek dia tuh.

Tempoh sebenar perjalanan dari airport ke stesen gambir dalam 40 minit je, tapi disebabkan jem giler dibantai 2 jam. Nasib baik dalam bas ada wifi. Bleh aku checkin & mengedate FB bagai. Sesampai kat Gambir stesen dalam pukul 10 pagi, aku rushing untuk beli tiket kereta api. Kereta api stesen Gambir ke stesen bandung satu jer ada, tak lain tak bukan: Argo Parahyangan. Kalo korang beli tiket lain, maknanya korang bukan ke bandung lah tuh. Lega gak aku, sebab dapat tiket jam 10.50 pagi. Yelah, kalau habis tiket, terpaksalah kena tunggu lebih 1 jam lagi. Untuk masa dan harga tiket depart kereta api nih korang boleh check kat website dia. Time nih, family aku sempat tapau KFC untuk dimakan dalam train.

Dengan Bisnes kelas, aku bayar IDR65 000 seorang. Selain kelas bisnes, dia juga ada kelas eksekutif yang mahal sedikit sebab dia lebih comfort. So what? bisnes pon sampai gak bandung. Perjalanannya ambil masa 3 jam dan sepanjang perjalanan, korang akan dijamu dengan view-view kampung-kampung indonesia yang cantik mantik. Pastikan korang snap 2-3 gambar k. serius cantik, macam lukisan pemandangan bak kata orang. Lagi-lagi ada satu lembah yang ada air terjun di daerah Cipatat kalau tak silap. Pastikan tak tidur time-time nih.

Gate masuk Stesen Gambir
Bunting faymes utk ke Bandung
Loket (kaunter) train - make sure Argo Parahyangan yer..
Kena bagi passport utk beli tiket train. ni lah tiket train
view dari train

Sampai di stesen bandung ngam2 jam 2 petang. Dah boleh checkin hotel dah. Hotel yang aku dah booked ialah Hotel Serena. Takyah sebok2 cari teksi, sebab hotel nih betol2 depan stesen bandung. Keluar-keluar dari gate timur Stesen Bandung, jauh dah nampak signboard hotel ni. So jalan kaki lah. Pas checkin, aku berehat-rehat jap kat hotel. Nak hilang lelah perjalanan yang panjang hari ni sekejap. Kemudian, dalam kul 4 aku bergerak ke Pasar Baru. Untuk Pasar Baru nih, aku naik angkutan dengan kadar tambang IDR4000 seorang.

Kat pasar baru nih lah, duit mula melompat-lompat keluar. Aku yang bukan kaki shopping pun leh tewas. Bukan sebab harga murah jer, semua segala benda ada kat sini. Rambang mata jadinya. Kat sini aku rembat selipar, seluar pendek, kain semayang dan kain batik. Semua murah-murah, terutama kain semayang tu, dalam IDR120 000, convert RM33.6 jer. Kain cantik siap sulam tau. aku beli sikit dulu sebab yang nih untuk keperluan malam nih dan esok jer. Pastuh kitorang balik hotel jalan kaki. Pasar baru nih dekat jer dengan hotel serena sebenarnya tapi dipisahkan oleh Stesen keretaapi bandung nih. Kitorang try & error, mana tahukan boleh lalu tembus dalam stesen bandung tapi ternyata tak. Korang kena pusing stesen nih yang jauh dalam 700 meter. Tak menyiksakan sangatkan. Kata nak jalan-jalan. Sampai hotel, rehat sekali lagi sebab jap lagi nak ke Cihampelas Walk pulak.

Pas maghrib dalam kul 8 malam, kitorang gerak ke muka pintu stesen bandung. Untuk ke Cihampelas Walk, naik angkutan warna kuning dengan bayaran IDR3000 seorang dan turun di jalan ke Sukajadi. Ekceli, takde angkutan direct ke C.walk dari Stesen bandung. Sebab tuh driver hentikan kitorang kat jalan yang aku tak tahu tapi ia menuju ke Sukajadi nih. Jalan kaki dari jalan tuh ke C.Walk dalam 400 meter jer.

Kat C. walk pulak aku rembat beg I love Bandung 6 pcs kat Mr.Bean FO, dan baju untuk mak aku, t-shirt ngan polo t-shirt sehelai-sehelai kat Iron Man FO. Selain tuh, family aku beli sweater ngan jeans kat satu kedai yang berhadapan Iron Man FO. Semua kedai-kedai nih berada memula sekali bila kitorang masuk ke C. walk ni. Kitorang kat C. Walk nih tak lama sebab kebanyakan kedai dah mula tutup. Jam 10.00 malam totally dah semua tutup. Kitorang sempat tapau KFC lagi untuk makan malam kitorang. Kitorang balik ke hotel dengan angkutan juga tapi kena bayar lebih sikitlah. IDR10000 seorang. Boleh lah dari jalan kaki ye dak. Tang nak naik nih, korang kena tanya harga dulu ye. Jangan main sebat jer. Kang ada yang kena mahal dan tak berbaloi kang.

Sampai hotel, pas makan. Aku tido untuk hilang penat hari yang panjang hari nih. Nyenyak giler sampai berdengkur lah kata family aku. Hehehe…

Settle day 1….. TBC

Sunday, March 9, 2014

Kisah Cinta Aku & PTPTN

Hah!... amek kau, bersawang blog nih… tak sempat ngok, kerja menimbun-nimbun kat opis.. dalam sebulan dua nih, memacam aku tempuh, suka duka, susah senang… gitulah colors of life bak omputeh cakap,… tapi biarlah, aku taknak semakkan cakap pasal kerja nih kat sini plak…

Ok, aku nak cakap pasal kisah cinta aku dengan PTPTN. Hehehe, bukan apa.. masa aku nak wat passport ari tuh, tak semena-mena terimbas kisah perjalanan aku yang berhempas pulas nak remove blacklist PTPTN sebab tahun ni aku nekad nak wat 2-3 trip ke oversea. Tang trip tuh – kat mana aku nak pegi, nanti aku citer. Biar kasi surprise sikit. Cuma aku nak share pengalaman aku masa nak remove Blacklist yang makan tahun nak settle.

Sebelum tuh, sumpah aku tak kesah pasal nama aku dah blacklist kat Imingresen sebab tak bayar PTPTN. Bukan apa, starting aku kerja dekat satu kompeni kad kahwin dengan gaji yang amat ciput membuatkan aku tak terpikir langsung nak gi oversea bagai. Cukup makan je. Tapi, lain pulak bila aku join kompeni aku skang, persepsi dan kehendak bergerak seiring dengan gaji yang boleh dikatakan lebih sedikit dari dulu. Camne erk nak explain, kang salah cakap – riak plak kang. Tapi gitu lah yer…

Ok, first jiwa aku tersentak bila bos nak wat trip ke Beijing pada bulan 6 tahun lepas. Masa tuh, kehendak aku dah terusik “wahhh..best nyer!!!” – kata aku yang keriangan dalam hati”. Tapi terbantut giler dengan isu PTPTN aku yang diblack list. Kira aku moody lah seminggu pasal PTPTN tuh. Tambah lagi, aku kena bayar RM2500 kalo tak join trip nih. nak tak nak, aku kena gaklah clear blacklist aku tuh.

First, aku pergi kat putrajaya one stop center kat kementerian pelajaran tinggi kat precint 15. Aku discuss dengan satu pegawai kat kaunter macam mana nak clearkan blacklist aku. Pengawai tuh cakap kalau nak clearkan ada 2 cara, pertama: aku kena bayar semua baki tertunggak aku dan kira settle, Imigresen pun kira clear. Kedua: Aku boleh bayar half baki tertunggak dengan 1 satu surat rayuan dan 1 SI (slip potongan gaji) yang kena buat dekat bank. Aku setuju dengan cara pertama tadi sebab ia tak leceh dan berprosedur macam2 sangat. Aku janji akan datang semula dan blah tanpa tanya nama pengawai tadi. Itu yang buat aku silap besar.

Sebabnya, aku bila aku pergi kali kedua, dia dah jadi lain. Rundingan aku dengan pengawai kedua tak berapa best. Dan aku rasa pengawai 2 nih macam budak baru sebab dia muda dengan pengawai first yang aku jumpa hari tuh. Cara berunding memang tak best. Katanya, aku tetap kena buat SI dan surat rayuan even aku dah bayar semua baki tertunggak aku. SI aku pun hampir RM300 aku kena bayar. Aku argue dengan dia pasal pengawai 1 yang hari tuh cakap lain. Dia buat dek jer aku. Cilake!... time tuh lah aku menyumpah2 dengan diri aku. Apsal aku tak tanya nama pengawai 1 hari tuh. Kang susah nak refer balik.

Pada view aku sekarang, pengawai 1 mungkin dah berpengalaman dan tak skema sangat macam pengawai 2 untuk handle probs nih. so, dengan perasaan yang memang frust tahap gaban, aku balik dan hold kejap bagi hati aku reda jap.

Then, nasib baik, trip beijing tak jadi… haha. Tapi semangat nak clearkan PTPTN aku berkobar balik lepas raya. Time tuh PTPTN wat promosi diskaun untuk semua peminjam clearkan semua bayaran. Entah macam mana, kes aku ni pun diberi keistimewaan jugak. Kali ini aku ke KL sentral pulak dan kali ni aku tanya nama kakak pengawai PTPTN tuh awal-awal lagi. Nama dia Kak Salwa. Yang jadi best tuh, kak Salwa suggest aku untuk tukar PTPTN ke sistem Ujrah. Meleret-leret dia terangkan kat aku, tapi satu hape pun aku tak paham. Lagi-lagi dia banyak guna calculation dan matematik. Maklum matematik aku cecukup makan jer. HAHAHA…

Last, baru aku paham cara dia. Memula dia bagi aku isi borang untuk tukar UJRAH then aku kena tunggu 7 hari untuk tunggu email confirmation dia. Dalam masa tuh jugak, aku kena wat SI kat mana-mana bank, tapi setakat nih Maybank jer yang senang dan tak renyah untuk buat potongan gaji pada PTPTN ni. Jumlah SI pun kak Salwa suggest RM200++, tapi aku letak RM200 jer. Bila semua dah standby, akhirnya aku dapat gak email dari kat Salwa sendiri yang hantar surat pengesahan Ujrah tuh. Terima kasih Kak Salwa!...

Surat cinta yang aku terima

Kemudian aku pergi KL Sentral sekali lagi untuk sign dan serahkan dokumen pengesahan UJRAH. Selain surat tawaran tukar Ujrah, SI slip dan beberapa dokumen lain yang dia mintak, aku ada juga prepair Surat rayuan dan RM 3500 kot-kot dia mintak. Kali nih, aku jumpa pengawai 4, yang aku tak tanya plak nama sebab aku dah guna nama kak Salwa tadi. Masa tuh aku tak nampak kak salwa, cuti kot – hari sabtu. Pengawai 4 nih terima surat pengesah & dokumen tadi dan tanya aku nak ke oversea ke dalam masa terdekat. Aku jawab tak dan ternyata jawapan aku betul-betul tepat. Dia tak mintak pun duit yang aku standby RM3500. Fuh! Lega aku. Katanya, yang urgent pergi ke oversea jer yang kena bayar. Itupun dalam masa 7 hari.

Lepas tuh aku tanya lagi dia macam mana kalau aku nak tambah lagi duit potongan SI, sebab kak salwa kata RM200 tak cukup lagi untuk cover pinjaman aku. Pengawai 4 tunjuk jumlah dalam surat – RM150.19 jer dan dia cakap jumlah SI aku sekarang dah melebihi dah. Wauu.. serius, aku bahagia.. Nak jer aku melompat kegumbiraan depan pintu masuk PTPTN hari tuh. Pengawai itu pun kata dalam masa 7 hari aku, nama aku akan clear. Tunggu jer dia telefon atau check kat PTPTN. (pengawai tuh tak call pon).

Dan lepas seminggu lepas tuh, aku check dan key in aku punya IC, dia pun keluarkan screen ginih……


AKU BEBAS..!!!!!!! 


#berdoauntukMH370... Ya Allah selamatkanlah MH370.. amin