Tuesday, May 27, 2014

Yogyakarta : Part 6

Day 3 (cont.) : Taman Sari

Selasai lawatan kat Masangin, aku patah balik dari jalan aku mula masuk untuk ke Taman Sari. Dari Mas Angin ke Taman Sari, macam aku cakap tak jauh. Jalan kaki mungkin dalam 5-8 minit dah sampai.

Kalau nak dibandingkan ngan Kraton, Taman Sari ni lagi ada attraction dia. Nak-nak lagi tourist mat Salleh. Suka naww datang Taman Sari ni. Sebab apa? Kalau nak cerita dia punya sejarah, Taman Sari ada unsur 18SX. Ringkas dari pemahaman aku, Taman Sari atau dikenali Istana Air (mat salleh panggil Water Castle) tempat raja jogja dulu-dulu beriadah. Dia akan duduk di satu menara yang tinggi dan lihat dayang-dayang dia mandi dalam kolam. Kalau raja tuh berkenan sangat ngan salah seorang dayang, dia campak bunga. Kira chop lah tuh. Pastuh korang tau dia buat aper? … dari hasil lawatan aku kat Taman Sari nih, belakang menara tinggi ni ada satu kolam lagi (kira private lah tuh), pastuh siap ada katil lagi dalam satu bangunan… korang rasa Raja ngan Dayang “bertuah” tuh buat ape? Haha memasing dok imagine dah ni…

Tiket masuk ke Taman Sari nih sama jer ngan Kraton, IDR 5000. Dan aku rasa ia lagi berbaloi datang ke sini, sebab Taman Sari ni ada ciri-ciri kesenian di dinding bangunan dan pintu gerbang setiap laman dia. (Nampak ayat kesenian tuh, dah macam pengacara Nona dah aku rasa) Nak bergambar pon cantik kat sini. So, kalau datang lagi ke Jogja secara berjemaah, aku lebih prefer datang sini dari Kraton.

Selesai tawaf dan duduk rilek jap, tetiba dengar azan solat jumaat habis (kuat bunyi azan kat Taman Sari sebab dekat ngan masjid) aku gerak balik. Kira destinasi aku bajet abis kat sini je lah. Nak berjalan kaki balik ke Jalan Malioboro, memang tak lah. Terus aku cari pakcik beca untuk hantar aku ke Halte Ahmad Yani. Yang ni pon kelakar gak, aku sengaja pilih pakcik beca yang muda-muda sebab aku kesian lau yang tua2. Pas ushar harga kat seorang pakcik nih (yang kategori muda) aku setuju ngan caj IDR40 000 untuk ke Halte Ahmad Yani. Pas settle runding, pak cik tuh cakap; “nanti guwe panggil bapak saya ya mas..” sekali datang cam baya-baya bapak aku daa… terpaksa aku ketepikan rasa kesian aku nih walaupun jauh dalam kesian giler, lagi-lagi time dia batuk-batuk.. hadoiiii

Lebih kurang 15 minit gitu, aku sampai kat halte Ahmad Yani, langsung terus naik Bas Tranjogja lane 1A untuk menuju ke Airport Adi Sucipto.

Sampai kat Airport, aku tunggu lebih kurang 3 jam lagi sebab terawal sangat lak… dalam pada masa tuh, sempat aku beli Bakpia Pathuk, kuih yang faymes kat Jogja ni. Wajib kena beli tau, aku pon nasib baik beli last minit. Kalau kat Jalan Malioboro, murah jer tapi aku beli kat airport mahal lah sikit. Mahal pon mahal lah, dari dok kempunan. Sedap jugak kuih nih weyh, aku beli perisa keju. Rasa dia cam kuih semperit, tpi rasa lembap2 sikit.Selain keju, bakpia nih ada perisa coklat, strawberi, durian dan memacam lagi




























Dok melangok sambil main Candy Crush sampai jam 4.00 ptg baru lah gate boarding bukak… apapun aku simpulkan percutian ni memang best... tolak kes takde orang amik gambar aku, memang pengalaman travel sesorang cukup bermakna sebab aku boleh kenal siapa diri sendiri. even aku boleh bangga dengan anak cucu aku nanti yang penah travel sesorang…keh3..

tamat utk bahagian Yogyakarta / Jogja ~(Yuhuuu!!!!)

Sekian….

#Review ngan bajet aku wat nanti-nanti lah yer..

Monday, May 26, 2014

Yogyakarta : Part 5

Hellllooo allll….!!!

Nak teruskan citer pengalaman bercuti bajet aku di Jogja nih… sila duduk semua cucu-cucu, atok wan nak start citer ni hah…

Day 3 : Kraton, Masangin & Taman Sari

Kalau dah semalam bangun awal, hari ni aku bangun lambat walaupun tidoq lena semalam. Dalam kul 10 pagi baru terhegeh-hegeh ke bilik air. Breakfast dalam bilik je ari nih, burger KFC semalam ngan air mineral.. dah!

Pas siap-siap, kemas-kemas packing-packing barang tak sampai setengah jam (main sumbat, tu pasal cepat..hehek) aku checkout then teruskan perjalanan hari ini. Bagi melengkapkan syarat ke Jogja, spot point pertama hari ni yelah Kraton. Ringkasnya, Kraton ni merupakan Istana lama raja-raja Jogja dulu-dulu. Sape rajanya? sila check google yer…

Untuk ke Kraton nih senang jer. Bleh naik beca ngan caj IDR30 000 atau kereta kuda caj IDR50 000. Lau ikut cara aku, jalan kaki. Kata nak berjalan. Lagipun bukan jauh sangat Kraton nih dari jalan Malioboro. Kira-kira 500-700 meter jer. Tenaga muda jangan dipersiakan hokey.

Dari jalan Malioboro, jalan terus melalui jalan Ahmad Yani kemudian jumpa simpang 4 jalan KH Ahmad Dahlan (Jalan Kyai Haji Ahmad Dahlan), terus lagi akan jumpa jalan Joni. Jalan straight je jalan joni, jauh dah nampak pintu gerbang Kraton. Masa aku sampai tuh pintu gerbang besar tutup. Aku tak sure memang dia tutup ke atau hari tuh je dia tutup. Kena pusing perkarangan Kraton then barulah jumpa loket tiket dia. Kecik jer rupenya pintu masuk dia. Masa aku sampai tak ramai orang, tourist mat salleh pun 2-3 kerat jer. Memula aku masuk sini, lost beb. Tak tahu nak wat apa. Kalau tourist lain ada jer tourist guide yang offer diri jadi guide diorang (tapi mesti ada bagi tip arr…) tapi aku tak. Tu ler, sombong sangat.

Pada yang pencinta sejarah dan kebudayaan kerajaan jawa dulu-dulu, maybe ni tempat korang boleh datang lawati. Bagi aku plak, sejarah kerajaan Melaka tak habis khatam, sebok nak studi sejarah orang. Ok fine! 15 minit lepas tuh aku keluar dari Kraton.

Langsung terus ke check point seterusnya iaitu Alun-alun Selatan atau dipanggil gak Masangin. Kalau ikot map, Masangin nih dekat jer ngan Kraton, in fact kat belakang Kraton jer. Tapi ntah camana aku tersalah jalan plak, jauh aku kena menapak. Ramai gak pak-pak cik beca pelawa aku naik beca diorang. Tapi bongkak aku tolak. Yelah, biler lagi aku dapat experience camni yer tak. Pas tanya 2-3 orang, akhir aku aku berjaya gak. Dalam perjalanan ke Masangin nih, aku lalu Pasar Burung secara tak sengaja. Pasar Burung nih aku ingat yang Qi promote dalam Destinasi Bajet ni.

Dari Pasar Burung, jalan terus dan aku jumpa lak signboard Taman Sari. Rupernya Masangin ni lagi dekat Taman Sari rupenya.

Masangin nih tempat faymes orang-orang muda Jogja ni datang lepak petang-petang. Masa aku kat sini ari tuh tak ramai orang… then baru aku teringat yang ari tuh hari jumaat, tengah hari plak tuh. Apa yang best kat Masangin nih korang boleh test tahap confident korang kat sini. Caranya, korang tutup mata korang ngan kain, pastuh kena berjalan dan lalu ke celah-celah pokok beringin nih. Kalau korang berjaya, confidential korang tinggi lah tuh. Kata bapak yang approach aku masa aku duduk lepak ari tuh, ramai yang fail. Even, Qi pun fail gak.

Aku teringin nak try, tapi pikirkan safety terpaksa lupakan je. Ye lah, macam-macam bleh jadi masa korang tutup mata tutup. Orang kat sini bukan leh caya sangat. Jujur aku cakap, aku pun hampir terkena ngan sorang pakcik ni. Sebelum dia keletong lebih, aku blah. Ikut hati nak bagi IDR2 000, tapi aku bagi dia IDR4 000 je. Padan muka!











Sebahagian Pasar Burung yang aku sempat snap























 TBC… ( tetiba ada hal urgent kene wat)


Sunday, May 18, 2014

Yogyakarta : Part 4

Day 2 (Cont.) : Final Shopping & Mirota Batik

Sedar-sedar dari tido, dah kul 7 malam. Cepat-cepat aku bersiap-siap takut nanti tak sempat nak ronda-ronda kedai kat jalan Malioboro nih. Malam terakhir lah katakan. Malam nih aku nekad nak cari baju-baju batik untuk mak ayah aku, selain sourvenir lain kalau ada yang berkenan.

Serius, aku tak rasa lonely pun kalau join dalam kesibukan jalan malioboro nih. Walau dah dua tiga kali ronda tak bosan. “Setengah jam kemudian…”(tolong wat ton suara cam spongebob) aku berjaya cari bebarang aku nak yakni baju kemeja batik, blaus batik ngan t-shirt malioboro untuk aku pakai esok.

Tetiba aku teringat plak satu kedai yang selalu disebut-sebut dek tourist Malaysia iaitu Mirota Batik. Aku tak sure Mirota Batik ni berada di jalan Malioboro atau dah sampai jalan Ahmad Yani tapi ia dekat sangat kalau aku nak pegi. Dah alang-alang nih, pelan-pelan aku tuju ke arah Mirota Batik.

Tapi nasib tak berapa baik sebab Mirota Batik tutup pulak la pulak. Nak kata baru tutup, tak mungkin sebab dari board dia tulis jam 9 baru tutup.. masa aku sampai hari tuh tak sampai jam 8 malam lagi. Ke dia memang tutup hari ni sebab hari nikan 1 Mei…

Apa yang istimewa Mirota Batik nih? Jawapan aku… Entah. Mungkin kat Mirota Batik nih jer kot yang jual Fridge Magnet Jogja. Kalau korang nak FM, sinilah tempatnye. FM nih barang rare kat Jalan Malioboro, so dia mahal sikit. Aku lak, dapat FM Borobudur yang mahal nak mampos siang tadi, dah cukup dah kot. Selain FM, Mirota Batik jual batik-batik lah cam biasa. Nak kata murah, aku dapat baju batik lagi murah kot…hehehe hasil skil tawar-menawar.

Aku snap gambar board Mirota Batik, pastuh blah dari situ sebelum gi tapau makanan. Cadangnya nak rasa nasi Gudeg kat lesehan, kat seberang jalan Malioboro… tapi, ntah camane lalu kat depan KFC, terus turn-in masuk KFC. Sedar-sedar ada 2 bijik burger, fries ngan Manggo sundae kat tangan aku…. Hak3..






belanja gambar selfie satu!...

ok, next time...

Friday, May 16, 2014

Yogyakarta : Part 3

Aku baru jer terrrrgoogle dan jumpa travelogue sorang blogger nih yang pernah gi travel sesorang kat Jogja. Sedikit info yang dipetik dari entry dia pasal rental motor kat Jalan Pasar Kembang. Rupa-rupanya, kedai yang served khidmat sewa motor berada berdekatan dengan Stesen Keretapi Tugu, belakang-belakang stesen tuuuu je….. Cesss! best lak baca kisah dia, adventure & random… siap gi Merapi ngan Mat salleh lagi… jelesi sangat!

Day 2 (cont.) : Rumah Mbah Maridjan & Candi Parambanan

Bersambung dari gi Borobodur, kali ni aku menuju ke area gunung Merapi yang faymes di Jogja sebab meletus pada tahun 2010 dan mengorbankan banyak jiwa. Ekceli takde lah betol-betol ke Merapi sangat pon, sebenarnya ke Rumah Mbah Maridjan je. Lokasi kampungnya berada di kaki bukit Gunung Merapi. Mbah Maridjan ni jurukunci gunung Merapi yang terkorban sekali dalam letusan gunung tu.

Dari Borobudur nak ke kampung Mbah Maridjan aku tak sure jarak dia, tapi lebih kurang satu jam jugak lah. Ia akan lalu kampung-kampung yang ada kawasan ladang salak yang besar. Beriya-iya Pak Mariono explain kat aku apa menda buah salak nih. Aku budak kampung beb.., setakat buah salak tak jadi pelik dah.

Untuk masuk ke Kampung Kinahrejo, ada caj yakni – IDR3 000 seorang ngan pas mobil IDR5 000. Kalau ada cuti yang panjang, boleh jer nak ke puncak Merapiterus dengan menyewa jeep dengan caj IDR50 000 dengan perjalanan lebih 4 jam. Tapi aku kira tak payah la kot, ke rumah Mbah Maridjan pon dah kira berbaloi dah untuk kenal Gunung Merapi. Sama ada sewa motor kena caj IDR30 000 atau caj sewa motor ngan tourist guide plak IDR20 000. Sebabkan aku sorang, tentulah aku angkut ngan tourist guide sekali. Best ambik tourist guide, diorang siap offer ambil gambar aku lagi.. hehhe. Sebab puas hati aku bagi dia IDR20 000 sebagai tips.

Kat sekitar umah Maridjan ni, sunyi sepi… perasaan sayu datang ngan sendiri tanpa aku mintak. Ronda nengok barang peninggalan, tapak umah dan dengar citer dari tourist guide pon dah cukup wat kau rasa insaf dan sayu dah. ..

Ekceli, aku cuak gak nak sini… ye lah, gunung Merapi ni dikatakan meletus 4 tahun sekali.. sebelum 2010, pernah gak bergegar pada tahun 2006. Jadi kalau kira balik, tahun 2014 nih lah ya akan bergegar lagi. Logiknya, gunung berapi takde meletup tiba-tiba.. kalau dia nak meletus ada signal-signal… takyah nak cuak memasal hokey.

Pas settle Merapi, kembara diteruskan ke next destinastion candi Hindu yang agung, Candi Parambanan yang terletak lebih kurang 20km dari jalan Malioboro dan kira-kira 5km je dari Airport Adi Sucipto. Sebenarnya, boleh jer datang sini dengan bas dari Halte Malioboro turun di Halte Parambanan guna lane 1A bas TransJogja. Tapi, dah2 alang bayar mahal guna supir nih… langsung aja ke sini.

Environment Candi Parambanan agak berbeza sikit dari Borobudur. Lebih sistematik dan teratur. Kat sini takde peniaga-peniaga cam kat borobudur (*_* teringat-ingat kejadian kat borobudur) Dengan bayar pas IDR207 000 (pon naik harga dah!), aku diberi minum kopi atau teh sebelum masuk ke perkarangan Parambanan. Kalau tak cuaca panas membahang, serius aku duduk sini lama lagi. Nak amik gambar pon aku takde mood dek panas membahang nih. Sambil duduk bawah pokok, duk termenung je lah keje aku. Pastu decide nak balik dah. Serius takde mood.

Kat Parambanan ni nak masuk dekat, senang jer… nak keluar, patah kaki rasanya. Along the way nak kuar, Parambanan sediakan attraction lain cam Muzium, show gamelan, ronda sekitar kompleks naik shuttle bus selain adanya Candi Sewu ngan Candi Sari. Belah malam pulak dia ada show-show ada citer-citer sejarah Parambanan (Biasanya tourist mat salleh tunggu show ni lah) Tapi semua tu aku tak heran dah, penat woo…menonong jer aku kuar. Last-last rasa nyesal lak tak gi.




























































































Pak Mariono tanya aku nak ke mana lepas nih sebab baru kul 3 ptg time tuh. Kalau penat tak menguasai, cadang aku nak serbu pantai Parangtritis sebab kat sana orang cakap sunset dia lawa. Tapi energi nasi Liwet yang aku jamah pagi tadi tak dapat tampung lagi. Aku suh Pak Mariono hantar aku balik ke hotel dalam kul 4 lebih…

Pastuh korang tahu apa aku buat lepas tuh? Terrrbongkang aku tidur…. ZZZZzzZZ… Kahkahkakahak…

TBC

Saturday, May 10, 2014

Yogyakarta : Part 2

Salam semua….

Hokey, aku nak sambung stori kembara solo aku ke Yogyakarta. Sebelum tuh, aku nak kesahkan pasal nama Yogyakarta nih sebab aku sendiri pun selalu gak terconfuse. Secara rasminya kalo ikut daftar ic Indonesia, ditulis YOGYAKARTA, tapi selalu ditulis dan disebut ngan Jogjakarta, Jogja dan Yogya. Kalau di indon sendiri pun dicetak ngan Jogja atau Djogdja plak. Tapi sebutan tetap sama, JOGJA. Ngeeee…..

Day 2 : Candi Borobudur

Memang serius aku gamble jer hari kedua nih untuk ke Candi Borobudur, main point kalo kat Jogja nih. Aku ingatkan tak sampai dah aku kat main event yang aku dah listkan siap-siap tapi cam magic jer jadi. Nampak tak? doa orang musafir nih terang-terang Allah makbulkan. Pada mulanya, aku plan nak sewa motor je untuk ronda ke Borobudur ngan Merapi. Setahu aku, ada kedai yang sewakan motor sekitar jalan Dagen. Rate diorang bagi lak dalam IDR50 000 per day jer. Tapi, bila aku round jalan Dagen, tak kelihatan pun kedai sewa motor atau aku buta tak nampak. Tak mungkin time tuh still awal lagi ( kul 8.00 pagi). Cuak-cuak. Terkedek-kedek aku ke Jalan Pasar Kembang sebab kat sana pun ada juga kedai yang menyewa motor. Time tuh aku main redah jer sebab aku langsung blur location kedai rental motor nih .

Jalan Pasar Kembang nih, kira jalan besar lah. Jalan Malioboro adalah jalan sub Pasar Kembang. Aku kena berjalan kaki sampai hujung jalan Malioboro dan belok kiri untuk ke Jalan Pasar Kembang. Jalan punya jalan, last-last aku jumpa agent travel sewa mobil+supir dengan rate IDR400 000 untuk 12 jam. Aku rasa murah dah tuh sebab setahu aku kalo nak sewa supir nih rata-rata caj IDR500 000 per 12 jam. Tu pun tak termasuk parking. Then, aku wat perkiraan singkat, terus aku deal ngan bapak yang aku lupa nama dia. Tang niat sebenar nak sewa motor plak terus aku tak hingat dah. Hahaha..

Yelah, kalo aku sewa motor pun, banyak risiko dia – risiko motor kena curi ke, hujan ke, eksiden ke… paling bangang risiko sesat, aku pon bukan tahu sangat jalan-jalan ke spot point tuh. Daripada dok tanggung sumer tuh, baik aku ubah plan amik jalan selamat – amik supir jer lah.. lagi pun berbaloi gaklah IDR400 000, convert duit Malaysia baru RM112.

Agent travel yang aku amik transport nih betol-betol depan Hotel 1001 Malam yang faymes dikalangan tourist Malaysia gak sebenarnya. Dah settle sumer, maka bermula lah perjelajahan aku ke Borobudur, Merapi ngan Prambanan aku hari ni! Yeah!...

Perjalanan dari Jalan Pasar Kembang ke Borobudur yang berada di daerah Magelang ambil masa dalam 45 minit ke 1 jam jer. Jalan di Jogja nih taklah macet sangat kalo nak dibandingkan dengan Jakarta dan Bandung. Smuft je sampai nak terlelap aku. Kalo nak citer view sepanjang perjalanan, takde yang menarik pun. Supir aku, Pak Mariono pun jenis tak banyak cakap. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Ntah beberapa lama aku terlelap pun aku tak hingat, tapi tak lama sangat. Sempatlah gak aku tengok candi-candi kecil cam candi mendut dan candi pawon sebelum sampai ke Borobudur nih. Difahamkan candi-candi kecil nih sebahagian dari candi Borobudur.

Parking kat Borobudur IDR5 000 dan tiket masuk ke kompleks Borobudur lak IDR230 000 (dah naik harga hokey!). dah bayar ratus-ratus ribu nih, aku diberi air minuman sebotol dan dipakai kain pelikat warna biru tanda aku tourist asing. Pastuh kena menapak jalan kaki lak untuk ke Candi Borobudur. Jauh gak weyh dalam 600 meter kot. Selain candi utama, Kompleks ni gak menempatkan muzium, taman dan kebun gajah (zoo lah kononnya) gak tau. Time aku sampai tuh, matahari tegak kat atas kepala. Panas takyah cakap ler. Suhu kat jogja ni lagi panas dari malaysia ok. Kalo dah panas mulalah paler tak betol. Tak sampai kat tangga borobudur lagi dah termengah-mengah cam orang giler.

First impressions tentang Candi Borobudur … mengagumkan. Terharu dapat gak aku jejak kaki kat sini. Teringat lak aku time form 4 dulu, Cikgu Sejarah aku - Cikgu Rohana Ismail ada ajar pasal candi nih. Bersungguh-sungguh dia ajar kitorang yang lembap nih, last-last dapat A gak aku… haha Selamat hari guru Cikgu Rohana!

Dah penat-penat panjat tangga yang tinggi nak mampos nih, aku duduk jap kat tepi stupa nak hilangkan capek. kat sini, aku dapat lihat pemandangan best, tak kurang gak gelagat tourist lain yang rata-rata orang tempatan, euro dan orang-orang kita sendiri. Memasing sebok nak bergambar. Tak pandang dah aku yang tersengih sesorang nih.

Pas dah bosan, aku tawaf stupa untuk snap 2-3 gambar. Bahagian kiri kanan depan belakang Borobudur sama je sebenarnya. Sebab tuh aku tak tahu dah modal camana lagi aku nak amik gambar. Dah keliling-keliling, aku turun setingkat-setingkat sampailah habis barulah aku gerak turun untuk keluar.

Ok, masa nak keluar ni bermula kisah tragik aku. Korang ingat tak cerita pasal Tangkuban Perahu dalam kisah Bandung aku dulu? Ok, kat sini pun aku rasa peniaga Borobodur 2 kali bebal dari peniaga Tangkuban Perahu tau. kalau kat Tangkuban, 2-3 kali cakap taknak diorang blah… tapi kalo kat Borobodur nih, dia akan ikot sampai kau kena gak beli barang diorang.

Aku tak expect langsung benda ni terjadi gak kat aku. Kisahnya terjadi sebab aku tak jumpa gate keluar dari tempat aku mula masuk tadi hingga kat tempat parking … silap aku gak, gatal gi tanya peniaga mana gate keluar… pastuh mula peniaga itu merayu-rayu suh aku beli Fridge magnet. Aku ingatkan IDR20 000 satu peket (ada 4 ketul FM), rupa-rupanya IDR100 000 peket (IDR25 000 seketul rupanya.. mahal nak mampos..!) bila aku settle ngan peniaga 1, datang sorang peniaga 2 nak jual gasing.. kejadah apa aku nak beli gasing yer dak?... jauh dia ikot tau.. last2, aku beli FM yang besar seketul ngan IDR30 000.. pon mahal gak sebab aku salah kira plak …

Then datang lagi seorang peniaga 3, kali ni aku sumpah taknak layan dah… peniaga 3 ni aku syak dia dapat signal dari peniaga 2 tadi, konon aku ni jenis boleh diorang makan kot... merayu-rayu dia ikut aku sampai lah ke parking keta. Sesampai kat parking, hah amik kau selonggok keychain (lebih 20 ketul aku kira), pen buloh sepeket, fridge magnet sepeket, dia tawar aku ngan IDR100 000. Dah manyak ni, aku sapu jer lah…. Hahaha.. yang aku terkilan tuh, peniaga 1 ngan 2 tadi… kalau aku tau, biar dia ikot aku sampai dia longgok bebarang cam peniaga 3 tadi.. puas hati gak….

So, aku nak remind balik...kat borobudur peniaga dia sangat mendesak hokey, lagi-lagi nampak aku yang jejalan sesorang lagi sedap diorang attack. Supir korang (dalam kes aku Pak Mariono) takkan bagitahu dan backup aku dalam situasi ni. Sebab apa tau, orang indon ni ada sikap bantu-membantu dalam wat bisnes. Diorang akan bagi chance kat peniaga kecil untuk hidup dengan jual barang diorang tak kira lah mcam mana pun. Pasal peniaga kat borobodur ni  mungkin traveller atau blogger lain tak revealkan benda nih, tapi inilah wajah sebenar dia. Tipsnya, samada korang takyah bawa duit langsung masa kat borobudur atau korang biarkan dia ikut kau sampai kat parking baru kau beli jer. Yang lain, korang kena pandai psiko atau kuatkan iman, baru korang boleh selamat… hehe boleh?































Aku kena stop sini lah jap… dah panjang dah nih.. takot panjang2 sangat.. ada yang jemu tak terbaca kang…

Oklah jumpa lagi untuk entri Merapi ngan Parambanan plak k…

Till then…!

Sunday, May 4, 2014

Yogyakarta : Part 1

Ellooo alllsss…

Kali ni aku nak kesahkan kembara solo aku ke Jawa Tengah Indonesia. Sebenarnya menggigil gak tangan nih nak mulakan kisah-kisah cuti-cuti bajet aku ke Yogyakarta nih. Takut tak sempat abis, tak pasal-pasal jadi hutang, jatuh hukum wajib plak nak membayarnya. Tapi takpe lah, slow-slow lah yer aku citer dari first day sampai habis nanti. Kalau henjut laju-laju, takde modal plak aku nak citer kat blog aku yang daif nih.

Aku pergi ke Jogja ni seorang sebab nak feel sebagai pengembara solo dan backpacker ala-ala Qi dalam Destinasi Bajet tuh (tapi takde lah backpaker sangat pon). Hotel jer aku book awal-awal, yang lain semua aku main pakat redah jer. Bleh gitu?

Day 1 : Adisucipto International Airport & Jalan Malioboro

Touch down airport Adisucipto ni lebih kurang jam 6 petang waktu indonesia lepas hampir 2 jam setengah dalam flight. Macam biasa lah, flight airasia nak ke Yogyakarta suka sangat delay. Flight kali ni pun delay dalam 20 minit. Sampai-sampai kat airport, amik ko – beratur panjang nak lepas imigresen. Terpaksa aku tahan gelora pundi kencing aku yang dah kian lama aku tahan dari mula atas flight lagi. Nak gi toilet dalam flight duduk seat tepi tingkap, taknak plak susahkan orang nak bangun-bangun bagai. Konon nak buang kat airport, tapi itulah jadinya. FYI, airport Adisucipto kecik jer, lebih kurang airport Kota Bharu.

Pas settle imigresen, terkinja-kinja aku keluar pintu arrival untuk melepaskan hajat kecil. aku kagum gak ngan warga Jogja ni, toilet dia bersih dan tak annoying sangat.

Pastuh, baru aku gi terjah loket bus TransJogja dekat laluan utama keluar dari airport (jangan risau ada signboard) untuk ke point tourist terkenal Jogja - Malioboro Street . Dengan bayaran IDR 3 000 dan perjalanan lebih kurang 20 – 30 minit jer dah sampai ke Malioboro Street. Selain bas transjogja ni, korang bleh gak guna kereta api (turun kat Stesen Tugu) atau teksi untuk ke Malioboro Street. Masing-masing caj dalam IDR10 000 dan IDR50 000 ok. Tapi, aku prefer naik bas tranjogja sebab sangat murah dan servis pon bagus bangat.

Time aku sampai Malioboro Street dalam kul 7.00 malam, hari dah gelap (kul 7 macam kul 8 malam kat malaysia), badan pon letih, laju aku cari Whiz Hotel letaknya kat Jalan Dagen. Pas settle check in, aku guling-guling atas katil nak hilang penat dan setup barang-barang aku dalam bilik. Btw, bilik kat Whiz ni bersih giler kot. Tak bau kepang langsung. Serius selesa giler. Cukup ada meja tulis, tv flat skrin dan toilet yang bersih giler. Aku yang jenis penggeli ni, sikit pun rasa tak geli.

Dalam kol 8 malam, aku gerak keluar untuk ronda-ronda jalan Malioboro. Kalo dah kat Jogja ni, takde benda lain yang faymes kalo tak batik jawanya. Sebut apa benda sourvenir nak, sumer ada. First night aku shopping baju I lov Jogja, keychain, kain semayang (family pesan) dan tapau KFC sebagai dinner aku. Kebanyakan penjual markup harga diorang mahal-mahal tau, jadi kemahiran tawar-tawaran seperti biasa amatlah diperlukan. Contohnya harga sehelai baju batik IDR65 000, korang kena henjut sampai dapat IDR30 000, takpun kurang. Memula aku beli baju batik dapat IDR50 000, pas pusing jauh sikit baru tahu yang harga sebenar baju batik baru IDR30 000.

Pas settle shopping, aku lepak tengok street show yang kebetulan diadakan malam tu. Best gak layan diorang main gendang-gendang, angklung ngan nyanyi lagu dalam bahasa jawa. Rasa dihargai dan welcoming sangat. Salah satu budaya yang aku belajar, orang-orang jawa nih suka wat joget lambak ok.

Dalam kul 11 malam, pas makan, apa lagi... membutalah terus…

LCCT - untuk kali yang terakhir....
aku wondering apa nama gunung yang timbul di celah2 awan nih...
Serius meriah malam kat Malioboro street
Lagi meriah ngan street band

Jalan Dagen ni jalan kecil Malioboro.
Landmark signboard- faymes sebab Irma ngan husband dia pernah shoot kat sini

Ok cukup utk first day yer…


To Be Continued…