Friday, March 13, 2015

Boracay : Part 3

Sebelum aku merepek meraban dalam entry kali ni, aku nak tegaskan ekk – time aku datang Boracay nih, very very the busy ya. Busy ngalahkan hape ntah, en. PM pon tak gituh rasenya. Tapi nak wat camner, tiket & hotel dah dibook sebelom dapat urgent job dari En. Boss lagi… so kena fight giler lah untuk dapatkan cuti nih. Penat hotak paler terbawak-bawak sampai ke Boracay nih. Jadi kalo korang kata aktiviti aku hari nih sangat boring, lantak dek ko lah! aku terima dengan hati yang terbuka …

Day 2 (part 1) : Island Hopping

Tak pernah lagi aku tidur lena kat tempat baru-baru ginih. Tak sempat nak rasa seram-seram, letak paler atas bantal, main candy crush seround terus hilang ntah ke mana. Membuta tak hengat. Hantu Kapre nak usik-usik aku pun kecewa ngan aku, agaknya lah…

Sedar-sedar dah kul 9 engko… lepas bersiap, saja amik angin kat pantai Bulabog. Patutlah Bulabog kurang sikit orang lepak. Angin pagi Bulabog agak kencang jika dibandingkan kat White Beach yang setenang air di kali. Tapi, sangat lah sesuai untuk aktiviti Parasailing & Windsurfing.

Suasana di pantai Bulabog jam 9 pagi
























Baru nak koya sikit, tetiba disapa sorang minah Pinoy nama Queenie. Agen yang jual aktiviti kat Boracay (betul ke istilah “jual aktiviti” tuh? Speaking English dia very da very. Penat kitorang nak susun ayat taknak bunyi cam bodoh. Lepas berkira-kira dan dipendekkan cerita, aku setuju ikut pakej Island hopping dengan aktiviti-aktiviti tak melibatkan penggunaan banyak kudrat dan snorkeling mandi manda bagai. Aktiviti yang amik adalah round pulau Boracay, fish feeding dan ke Crystal Cove.

Haha… bunyi cam boring kang? Kang aku dah cakap. Tapi nak wat camner, ikut hati nak gak wat benda-benda yang ada kat Boracay, siap nak jadi duyung lagi kalo nak ikut hati lah… tapi aku taknak tambah lagi penat hotak aku ngan penat badan. Hari ni tak rasalah, esok sakit-sakit urat mana tau kang.

Aku request start tour kul 11 memandangkan aku sedang charge aku punya kamera kat bilik. Dalam masa tuh, aku merayap jap ke D’Mall untuk breakfast kat Fruitas lagi. Roti gardenia + jus mangga,… hanya di Boracay sahaja aku wat gini…hehehe

Dipendekkan cerita, jam 11 pagi aku gerak balik ke pantai Bulabog. Dalam 5 minit jer aku tunggu, datang lah si Queenie dengan sorang laki yang dia claim cousin dia. Aku hingatkan port boat naik kat area tuh, rupe-rupenyer kena jalan kaki ke station 1 nun hah. Dalam masa tuh, mulalah sesi interview antara kitorang. Member aku ni jenis peramah jugak, dah macam wartawan Majalah 3 dah aku nengok cara dia soal siasat kat Queenie tuh. Siap nak janji nak jumpa kat KL lagi time Queenie ni akan datang ke Malaysia nanti. Aku sengih jer lebih, sebab aku ni jenis berat mulut sebenarnya. ;)

Ok yang nih haku hangin, mula-mula bayar PHP1250/pax untuk tour. Pastuh kena bayar PHP100/pax utk sewa bot. aku hingatkan PHP1250 tuh untuk cover semua. Whatdafish!
Note: harga pakej aktiviti aku dapat ialah PHP2500/group/trip. Harga ni korang boleh tawar menawar semurah yang mungkin. Tapi kalau buat island hoping, melibatkan bot. dengan bot nih korang tak shared ngan sesape okey, sebab kita dah bayar PHP200 untuk bot. kira dah private boat lah tuh.
Tambah hangin lagi, aku dah cakap kang aku taknak berbasah-basahan. Tapi bot parking nuunnn…. di sana – kena jalan redah air sampai ke paras pinggang. Kena plak time tuh berangin, ombak dah mula tolak-tolak aku. Rasa cam hampeh jer. Abis basah spender aku. 

nun hah bot nye kome...






















 Lupakan kehampehan tu bila bot mula bergerak dari Station 1 ke Station 3. Dari sudut laut memang mengagum. Sekali lagi aku lihat betapa indahnya ciptaan Maha Esa ni. Langit sedikit mendung, bayu laut plak agak kencang membuatkan view menjadi syahdu. Payah aku nak gambarkan feeling aku time tuh.

Bot belayar sepanjang White Beach kemudian pusing kat Turtle Island dan Crocodile Island sebelum berhenti kat Crystal Cove. Tapi sebelum tuh wat aktiviti fish feeding. Time nilah sesi interview aku ngan drebar bot tapi tak banyak info penting yang aku dapat sebab drebar bot ni cam malu-malu kucing sikit. Kita yang banyak bercerita adalah.

Motif?...... air jernih sangat, geramm!

Station 2 dari pandangan laut

Crocodile Island.. takde buaya air masin, nama ikut bentuk je
































































Kalau sebut Crystal Cove, inilah dia highest top attraction kalau di Boracay yang aku mati-mati nak terjah. Sebabnya pulau kecik dah didecorate cantik-cantik dan ada 3 gua yang unexpected dan interesting sangat. Bertambah basah lagi aku bila turun ke gua ke-3 sebab time tu air tengah pasang. “Takleh nak expect ko kering sentiasa bila ko bercuti di pulau okey. Memang kena basah jugak.”- Itu moral untuk aku ari ni.


taman yang didecorate






















kalo sebut cove, inilah cove yg dimaksudkan. turun tangga nih, akan berada dalam gua..unik




































Tapi yang tak bestnya masa kat Crystal Cove nih, tak semena-semena ada tour guide yang guide aku. Laju betol dia jalan konon nak tunjuk jalan, sampai aku nak enjoy view tak boleh. Itu sikit ralat, aku tengok orang lain takde pun guide yang follow diorang dan banyak gambar aku miss nak ambil gambar. Poodah punya guide!

Crystal cove ada fee masuk PHP200/pax

Tour amik masa 3 jam sebenarnya. Tu sebab guide tadi dah macam hape tuh. Ok, settle Crystal Cove, baru lah gerak balik ke Station 1. Habis dah tour island, rasa cam tak cukup ngan ko tau.. serius tak puas. Next apa benda aku buat, next entry lah ya… bye!

No comments: