Tuesday, March 17, 2015

Boracay : Part 5

Day 2 : Station 3 & D’Talipapa

Lepas gi melilau D’Mall cari baju petang tadi, balik hotel dalam kul 4 petang. Kononnya nak salin baju dan berehat jap untuk sambung aktiviti lagi, tapi jumpa katil ni lagi, nan hado le jawapnyer. Sedar-sedar dah kul 6 petang.

Kul 6 kat Boracay dah hampir gelap dah. Ini kali aku tawaf White Beach dan explore apa yang ada kat sini sampai lebam. Kira malam final shopping lah untuk completekan sourvenir aku kat Boracay nih.

Dalam jalan-jalan tuh, singgah jap kat Yellow Cab. Teringin plak nak makan pizza tepi pantai malam nih. Hokey, take note. Yellow Cab ni tak ada declare Halal tapi, kalo tengok menu dia tak ada plak menatang haram tuh (cuma ada bacon yang aku sure daging). Kalo ada was-was jangan order yang ada daging dan ayam bagai. Takut diorang sembelih suka hati deme. Cam aku hari aku order pizza vegetarian jer. Sayur-sayur pon sodap gak. Sambil makan pizza sambil dok gosip-gosip tepi pantai.. pergh! heaven siot.

Aku tak nak citer pasal situation malam kat white beach, memang happening tiap-tiap masa. Sebelum ni aku pernah cakapkan yang minoriti muslim ni ada di Boracay. Mekeme-mekeme ni sumer ade di Station 3 ghupenye (sila baca dalam ton Usop Wilcha). Time aku lepak kat station 3 tuh lepas Isyak, so aku tengok ramai pakcik-pakcik pakai jubah siap berkopiah lagi dok lepak berbual dan minum kopi sekitar-sekitar depan kedai diorang. Serius aku rasa selamat sikit dok sikit. Bukan selamat ape, cuma rasa takdak ler rasa “panas” sangat cam kat station 1 ngan 2 tadi. Paham-paham lah yer..hehehe

Kat station 3 gak ada pasar macam D’Mall iaitu D’Talipapas. Tapi D’Talipapas ni oldskool sebab dia guna stail stall atau bahasa kampong dia warung. Lagi tambahkan ke oldskool, ada pasar basah yang jual-jual ikan dan makanan laut lain time siang. Lebih kurang cam pasar-pasar kat Mesia lah, pasar Siti Khadijah ker, Pasar Kajang ker, boleh bayang lah camner yer. So, harga sorvenir kat sini jauh lagi murah dari harga kat D’Mall lah. *Mari lah kita leburkan duit kat sini.*penekanan*

D'Talipapas - source from google
Yellow Cab Boracay - source from Google

Ok, moral untuk entry part ni, - UTAMAKAN KEPERLUAN DIRI DULU; kalo ada kamera, charge bateri dulu penuh-penuh dan bawa backup kamera sendiri. Jangan bagi tools kita pada orang dan mengharapkan kamera dia. Akibatnya sampai sekarang aku tak dapat gambar-gambar untuk masa-masa ini. Jadi, sumber gambar untuk part ni aku tak ada dan perlu foto-foto dari en.google. -sekian-

Ok Bai!

No comments: