Wednesday, March 18, 2015

Boracay : Part 6

Day 3 : Pagi di White Beach

Okey, ari ni adalah last day dan last moment aku di Boracay. Serius 3 hari memang tak cukup berada di Boracay. ikut hati mau aku berlari-lari macam orang giler sambil nyanyi lagu ~Jangan pisahkan aku dan dia....... ~ kat tepi pantai sorang-sorang. tapi apakan daya, ada mula ada akhirnya, ye dok? “Pengalaman kurang 2 hari sudah cukup untuk aku jadikan ubat jiwa”, pujuk hati aku.

Lepas pack barang, aku gi jenjalan ke White Beach untuk kali terakhir pagi tuh. Tenang dan syahdu beb. Agak tenang disebabkan ramai mat-mat salleh belom bangun lagi time tuh. Jadi takde yang datang dok mengarokk nye.

Amik gambar 2-3 das pastuh berangkat lah aku ke jeti untuk menuju ke Kalibo balik. Untuk ke Jeti Boracay, aku menggunakan tricycle dengan tambang PHP100/pax.

Jadi entry kali ni aku belanja 2-3 foto terakhir kat Boracay ni je lah… c u! 



Ni yang Last Shot...
Bye bye Boracay...~




















Tuesday, March 17, 2015

Boracay : Part 5

Day 2 : Station 3 & D’Talipapa

Lepas gi melilau D’Mall cari baju petang tadi, balik hotel dalam kul 4 petang. Kononnya nak salin baju dan berehat jap untuk sambung aktiviti lagi, tapi jumpa katil ni lagi, nan hado le jawapnyer. Sedar-sedar dah kul 6 petang.

Kul 6 kat Boracay dah hampir gelap dah. Ini kali aku tawaf White Beach dan explore apa yang ada kat sini sampai lebam. Kira malam final shopping lah untuk completekan sourvenir aku kat Boracay nih.

Dalam jalan-jalan tuh, singgah jap kat Yellow Cab. Teringin plak nak makan pizza tepi pantai malam nih. Hokey, take note. Yellow Cab ni tak ada declare Halal tapi, kalo tengok menu dia tak ada plak menatang haram tuh (cuma ada bacon yang aku sure daging). Kalo ada was-was jangan order yang ada daging dan ayam bagai. Takut diorang sembelih suka hati deme. Cam aku hari aku order pizza vegetarian jer. Sayur-sayur pon sodap gak. Sambil makan pizza sambil dok gosip-gosip tepi pantai.. pergh! heaven siot.

Aku tak nak citer pasal situation malam kat white beach, memang happening tiap-tiap masa. Sebelum ni aku pernah cakapkan yang minoriti muslim ni ada di Boracay. Mekeme-mekeme ni sumer ade di Station 3 ghupenye (sila baca dalam ton Usop Wilcha). Time aku lepak kat station 3 tuh lepas Isyak, so aku tengok ramai pakcik-pakcik pakai jubah siap berkopiah lagi dok lepak berbual dan minum kopi sekitar-sekitar depan kedai diorang. Serius aku rasa selamat sikit dok sikit. Bukan selamat ape, cuma rasa takdak ler rasa “panas” sangat cam kat station 1 ngan 2 tadi. Paham-paham lah yer..hehehe

Kat station 3 gak ada pasar macam D’Mall iaitu D’Talipapas. Tapi D’Talipapas ni oldskool sebab dia guna stail stall atau bahasa kampong dia warung. Lagi tambahkan ke oldskool, ada pasar basah yang jual-jual ikan dan makanan laut lain time siang. Lebih kurang cam pasar-pasar kat Mesia lah, pasar Siti Khadijah ker, Pasar Kajang ker, boleh bayang lah camner yer. So, harga sorvenir kat sini jauh lagi murah dari harga kat D’Mall lah. *Mari lah kita leburkan duit kat sini.*penekanan*

D'Talipapas - source from google
Yellow Cab Boracay - source from Google

Ok, moral untuk entry part ni, - UTAMAKAN KEPERLUAN DIRI DULU; kalo ada kamera, charge bateri dulu penuh-penuh dan bawa backup kamera sendiri. Jangan bagi tools kita pada orang dan mengharapkan kamera dia. Akibatnya sampai sekarang aku tak dapat gambar-gambar untuk masa-masa ini. Jadi, sumber gambar untuk part ni aku tak ada dan perlu foto-foto dari en.google. -sekian-

Ok Bai!

Monday, March 16, 2015

Boracay : Part 4

Day 2 : Jannah Restaurant & “makanan yang boleh kita makan”

Turun dari bot, bunyi-bunyi plak perot ni hah. Time tu dalam kul 2 lebih kalo tak silap. Memang dah time lunch. Kebetulan masa naik tricycle nak ke station 1 tadi aku terperasan ada 1 kedai halal yang baru bukak. Aku dah spot dah, balik nanti memang nak terjah kedai nih.

Ingat jauh dari port bot station 1 tadi nak ke restoran tu, rupenya 2-3 langkah jer. Seluar aku pun tak sempat kering lagi, dah jumpa restoran ni hah.











































Nak dipendekkan cerita, aku order Nasi Kabsya + air Mineral dengan harga PHP435 atau dalam RM36 satu hidangan. Ok lah kang harga dia. Bagi aku ok lagi lah dari makan kat Hong Kong ari tuh. Pada mulanya mindset aku ni kata makanan halal kat Boracay ni tak sedap even mahal pun. Tapi kat Jannah Restoran tak mengecewakan langsung. Sedap dan acceptable kat tekak aku. Sekali gus menafikan tanggapan orang. “jangan dengar cakap orang, buat dulu baru tau!” – itu moral untuk kali ni.

Time aku tunggu order aku siap, aku terperasan ada sorang brader ni, orang pakistan kot?, ke hape entah. Muka dia cam tak puas hati dah (maybe tunggu order lama). Then, 5-10 minit makanan dia siap, dia makan slow-slow cam orang tak lalu gitu. Masa dia kopak kuih (cam karipap), dia panggil waitress dan tunjuk something dalam kuih tuh. Aku tak tahu apa benda tapi, mimik muka dia memang wat aku sikit kurang selesa. Kalo dipikirkan balik, aku rasa mamak tadi saja wat drama. Mana tau kot-kot diorang ni tengah bersaing ker atau saja mamak tadi nak diskaun. Entah lah labu. Takyah lah dipikirkan sangat.

Cuma aku nak bagi info, Jannah Restoran nih hidangkan makanan ala barat dan timur tengah gitu. Harga takyah citerlah kalo nak cari makanan halal. Locationnya di Station 1, dekat main road. Bangunan apa sebelah dia?, aku tak tahu. Kuar jer dari restoran ari tuh, nonong jer aku jalan balik… dah kenyang kang, wat balik perut je lah…hahhaha..

Hokay, selain Jannah Restoran ni.. ada 2-3 lagi restoran yang boleh muslim makan-makan kat Boracay ni. Info ni yang sempat aku godek-godek dari info yang boleh dipercayai… Sharwama Hraki (station 3), The KINGDOM of Boracay RESTORAN (station 1), True food Indian Cuisine (station 2 area D’mall) dan stall no. 18 kat D’Talipapa (station 3). Satu lagi aku tak ingat nama dia, restoran indian kat station 2 area D’mall. Restoran dia berada di tingkat 3, convenient store cam Mydin gitu.

Sebelum balik ke hotel, aku sempat jalan-jalan kat White beach dan pusing-pusing D’mall jap untuk cari baju untuk aku pakai esok. Balik bilik tukar seluar yang basah lencun dan tido jap…hahha..

Friday, March 13, 2015

Boracay : Part 3

Sebelum aku merepek meraban dalam entry kali ni, aku nak tegaskan ekk – time aku datang Boracay nih, very very the busy ya. Busy ngalahkan hape ntah, en. PM pon tak gituh rasenya. Tapi nak wat camner, tiket & hotel dah dibook sebelom dapat urgent job dari En. Boss lagi… so kena fight giler lah untuk dapatkan cuti nih. Penat hotak paler terbawak-bawak sampai ke Boracay nih. Jadi kalo korang kata aktiviti aku hari nih sangat boring, lantak dek ko lah! aku terima dengan hati yang terbuka …

Day 2 (part 1) : Island Hopping

Tak pernah lagi aku tidur lena kat tempat baru-baru ginih. Tak sempat nak rasa seram-seram, letak paler atas bantal, main candy crush seround terus hilang ntah ke mana. Membuta tak hengat. Hantu Kapre nak usik-usik aku pun kecewa ngan aku, agaknya lah…

Sedar-sedar dah kul 9 engko… lepas bersiap, saja amik angin kat pantai Bulabog. Patutlah Bulabog kurang sikit orang lepak. Angin pagi Bulabog agak kencang jika dibandingkan kat White Beach yang setenang air di kali. Tapi, sangat lah sesuai untuk aktiviti Parasailing & Windsurfing.

Suasana di pantai Bulabog jam 9 pagi
























Baru nak koya sikit, tetiba disapa sorang minah Pinoy nama Queenie. Agen yang jual aktiviti kat Boracay (betul ke istilah “jual aktiviti” tuh? Speaking English dia very da very. Penat kitorang nak susun ayat taknak bunyi cam bodoh. Lepas berkira-kira dan dipendekkan cerita, aku setuju ikut pakej Island hopping dengan aktiviti-aktiviti tak melibatkan penggunaan banyak kudrat dan snorkeling mandi manda bagai. Aktiviti yang amik adalah round pulau Boracay, fish feeding dan ke Crystal Cove.

Haha… bunyi cam boring kang? Kang aku dah cakap. Tapi nak wat camner, ikut hati nak gak wat benda-benda yang ada kat Boracay, siap nak jadi duyung lagi kalo nak ikut hati lah… tapi aku taknak tambah lagi penat hotak aku ngan penat badan. Hari ni tak rasalah, esok sakit-sakit urat mana tau kang.

Aku request start tour kul 11 memandangkan aku sedang charge aku punya kamera kat bilik. Dalam masa tuh, aku merayap jap ke D’Mall untuk breakfast kat Fruitas lagi. Roti gardenia + jus mangga,… hanya di Boracay sahaja aku wat gini…hehehe

Dipendekkan cerita, jam 11 pagi aku gerak balik ke pantai Bulabog. Dalam 5 minit jer aku tunggu, datang lah si Queenie dengan sorang laki yang dia claim cousin dia. Aku hingatkan port boat naik kat area tuh, rupe-rupenyer kena jalan kaki ke station 1 nun hah. Dalam masa tuh, mulalah sesi interview antara kitorang. Member aku ni jenis peramah jugak, dah macam wartawan Majalah 3 dah aku nengok cara dia soal siasat kat Queenie tuh. Siap nak janji nak jumpa kat KL lagi time Queenie ni akan datang ke Malaysia nanti. Aku sengih jer lebih, sebab aku ni jenis berat mulut sebenarnya. ;)

Ok yang nih haku hangin, mula-mula bayar PHP1250/pax untuk tour. Pastuh kena bayar PHP100/pax utk sewa bot. aku hingatkan PHP1250 tuh untuk cover semua. Whatdafish!
Note: harga pakej aktiviti aku dapat ialah PHP2500/group/trip. Harga ni korang boleh tawar menawar semurah yang mungkin. Tapi kalau buat island hoping, melibatkan bot. dengan bot nih korang tak shared ngan sesape okey, sebab kita dah bayar PHP200 untuk bot. kira dah private boat lah tuh.
Tambah hangin lagi, aku dah cakap kang aku taknak berbasah-basahan. Tapi bot parking nuunnn…. di sana – kena jalan redah air sampai ke paras pinggang. Kena plak time tuh berangin, ombak dah mula tolak-tolak aku. Rasa cam hampeh jer. Abis basah spender aku. 

nun hah bot nye kome...






















 Lupakan kehampehan tu bila bot mula bergerak dari Station 1 ke Station 3. Dari sudut laut memang mengagum. Sekali lagi aku lihat betapa indahnya ciptaan Maha Esa ni. Langit sedikit mendung, bayu laut plak agak kencang membuatkan view menjadi syahdu. Payah aku nak gambarkan feeling aku time tuh.

Bot belayar sepanjang White Beach kemudian pusing kat Turtle Island dan Crocodile Island sebelum berhenti kat Crystal Cove. Tapi sebelum tuh wat aktiviti fish feeding. Time nilah sesi interview aku ngan drebar bot tapi tak banyak info penting yang aku dapat sebab drebar bot ni cam malu-malu kucing sikit. Kita yang banyak bercerita adalah.

Motif?...... air jernih sangat, geramm!

Station 2 dari pandangan laut

Crocodile Island.. takde buaya air masin, nama ikut bentuk je
































































Kalau sebut Crystal Cove, inilah dia highest top attraction kalau di Boracay yang aku mati-mati nak terjah. Sebabnya pulau kecik dah didecorate cantik-cantik dan ada 3 gua yang unexpected dan interesting sangat. Bertambah basah lagi aku bila turun ke gua ke-3 sebab time tu air tengah pasang. “Takleh nak expect ko kering sentiasa bila ko bercuti di pulau okey. Memang kena basah jugak.”- Itu moral untuk aku ari ni.


taman yang didecorate






















kalo sebut cove, inilah cove yg dimaksudkan. turun tangga nih, akan berada dalam gua..unik




































Tapi yang tak bestnya masa kat Crystal Cove nih, tak semena-semena ada tour guide yang guide aku. Laju betol dia jalan konon nak tunjuk jalan, sampai aku nak enjoy view tak boleh. Itu sikit ralat, aku tengok orang lain takde pun guide yang follow diorang dan banyak gambar aku miss nak ambil gambar. Poodah punya guide!

Crystal cove ada fee masuk PHP200/pax

Tour amik masa 3 jam sebenarnya. Tu sebab guide tadi dah macam hape tuh. Ok, settle Crystal Cove, baru lah gerak balik ke Station 1. Habis dah tour island, rasa cam tak cukup ngan ko tau.. serius tak puas. Next apa benda aku buat, next entry lah ya… bye!

Sunday, March 1, 2015

Boracay : Part 2

Sebelum hikayat ni gi lagi jauh, aku nak explain geographic Boracay dulu dari pemahaman aku okey.


  • Pulau memanjang sepanjang lebih kurang 8 km.
  • Untuk tumpuan tourist, Boracay menyediakan tiga kawasan yang disebut Station 1, station 2 dan Station 3. Station 1 adalah kawasan pantai elit di mana hotel-hotel mewah lagi berprivasi tinggi kat sini, siap ada tempat main golf 18 lubang lagi. Station 2 plak middle level, tapi ada jer hotel-hotel murah kat sini. Hotel aku, Panorama Sunrise Resort pon terletak kat Bulabog beach, belakang Station 2 nih. Station 3 adalah stesen untuk kita-kita jer. Ramai muslim Philipine dari keturunan Midanao ada kat sini.
  • Boracay ada 3 pantai faymes iaitu White beach, Bulabog beach dan Puka Beach. Memasing berhadapan dengan Laut Sulu dan laut Sibuyan. Sila rujuk map yer. Yang happening mestilah di White beach sebab ketiga-tiga station tuh terletak di sepanjang pantai nih. 

Day 1 : Panorama Sunrise Resort & D’Mall

Sampai ke Jetty boracay, next transport adalah jeepney untuk ke hotel. Memacam transport hari ni aku naik. Keta > kapal terbang > Van > bot > jeepney. Teringat plak trip ke Jakarta ke Bandung aku taun lepas. 1 hari on the road jer.

Untuk ke hotel, aku berkira-kira nak naik tricycle ke jeepney. Tricycle diorang offer PHP100/pax dan PHP250 /jeepney. So, rasa lebih kurang jer, jadi aku naik jeepney. Rumusannya, trip ke Boracay amat sesuai kalau 4 orang yang join.

Dalam 15 minit sampailah aku kat Panorama Sunrise Resort. Nak kata Hotel, tak jugak… memang bilik betol lah. jalan nak masok ke hotel jer agak creepy time malam. Tapi biliknya sangat bersih, siap ada guard yang akan jaga 24 jam. Biliknya betol-betol sebelah pantai Bulabog, tapi sayangnya takde view terus ke pantai sebab dilindungi resort mewah lain. Lepas settle kan urusan check-in, dapat kunci terus aku melabuhkan badan untuk rest sekejap atas katil empuk nih.

nampak tak bendera-bendera ngan pokok kelapa tuh.. tuh dah pantai Bulabog dah



*********

Sekejap aku kata? Entah biler masa aku terlelap aku pon tak tahu, tahu-tahu sedar hari gelap. Bile aku tengok jam, baru 6.50 ptg… tapi gelap macam kul 8 malam weh… tak bersunset lah jawabnya..

Kemas-kemas, basuh muka-muka.. pastu melilau cari plan untuk malam ni. End up, gi round-round kat D’Mall jer lah malam nih.

D’Mall nih kira cam uptown lah, locate nya kat Station 2. Tak susah jalan jer ke Station 2, jumpa board D’Mall warna biru… itulah tempatnya. Dalam ni memacam tourist buat, mostly aktiviti malam lah… makan-makan, lepak-lepak, tengok fire-dancing, ambil angin pantai waktu malam dan shopping, of course.

Sambil round-round sempat bantai Magnet Fridge Boracay ngan Mini Glass. Pas tawar menawar dapatlah aku PHP310 utk bebarang nih. Sesambil belek-belek bebarang tuh, tiba-tiba je akak jurujual bisik kat aku “I tought you a pinoy”.. aku sengeh jer… Nak bodek suh beli lebih lah tuuu…

Pastuh, pekene plak Jus mangga kat Fruitas. Kalo kat Boracay, makanan jangan nak memilih sangat. Bila nengok Fruitas jual jus buah ngan Cheese Fries jer, boleh lah try. Lagi pun, aku tengok yang buat jus siap pakai sarung tangan plastik lagi, kualiti kebersihan terjamin dan aku rasa confident sikit. SLURPPPP! Perghhhh!... sedap siot jus mangga dia… ada rasa masam masam manis mangga tuh… sedap sungguh!

Pas melilau tak tentu pasal, tetiba jumpa sorang brader orang pilipine beragama muslim kat pantai. Siap boleh cakap bahasa melayu lagi since dia pernah kerja kat Gombak 2-3 tahun lepas. Nama dia Fikri katanya. Hokey part tuh, memang aku akui orang Boracay nih memang cukup peramah, nak nak lagi diorang tahu kita nih orang Malaysia dan Muslim. Dari tadi mesti ader jer tanya, “Malaysia?” dan bagi salam je manjang, rasa cam faymes sangat sebagai orang malaysia. Tapi, jangan nak terlalu percayakan orang sangat ok, lesson nih aku dah belajar masa kat Yogjakarta lagi...

aktiviti malam di Boracay - lepak-lepak

Makan makan - minum-minum

tengok abang sador main api








shopping sourvenir








Outlet Fruitas... sedap tak hengat











Jalan-jalan sampai penat sampai kul 11 tak silap, balik bilik aku kemas sikit walaupun barang tak banyak aku bawak. 2 helai baju + 1 short jer. Tapi mengemasnya cam buat luggage 2 guni.. yo yo o je nih…hahaha