Thursday, June 4, 2015

Ho Chi Minh : Part 2

Ok...ok.. ok sambung yang ari tuh.. tetiba muka bos aku muncul depan aku ari tuh.. tu yang cecepat logout tuh... haha

Day 1 (continue previous)

Le Le Hotel

Then, aku mengorak langkah sendiri untuk cari tempat menginap. Sepanjang berada di Saigon ni, aku stay kat Le Le Hotel. Berbekalkan Google map yg aku dah siap print, tak susah lah cari hotel walaupun located dia agak jauh dari Ben Thanh Market. Lebih kurang 300 meter kot.

Biasanya hotel negara lain akan amik Duit Key Deposit sebagai jaminan dan cagaran, berbeza dengan Vietnam, diorang pegang Passport terus ko. Tapi ok gak diorang pegang passport ni, sekurang-kurangnya risiko hilang atau kena curi tuh rendah lah.



























 Hajah Basiroh Restaurant

Settle Check in, melabuhlah sekejap atas katil, nak hilang penat-penat sikit. Penat hilang, perut plak lapar. Dalam jam 6-7 rasanya, aku kuar gerak untuk cari makan. Untuk malam pertama ni, aku makan kat Hajah Basiroh kat belakang Ben Thanh Market. Aku order nasi Goreng Ayam + Air Tropicale.. semuanya harga VND100 000. Biasalah tuh, harga international.

Duong Nguyen An Ninh.. juga dikenali Malaysian Street, sebab bersepah orang malaysia kat sini (siap ada kedai logo 1Malaysia besar lagi ko, ape kes?)



Nasi Goreng ayam. dah ganyang baru terpikir nak amik gambar... lapar tak menahan.


Sebelah Hjh. Basiroh.. ada restoran Kampong Melayu ngan Haji Osman. aku rasa diorang laki bini pastuh duk di Kg.Melayu..??

Juga banyak guna bahasa melayu. sumpah, cam jejalan kat Jalan TAR pon ada time nih.




































































The Sinh Cafe Tourist

Next, aku pergi deal tour untuk esok dan lusa dekat satu tour agen iaitu The Sinh Tourist (dulu dia Cafe jer). Untungnya stay kat Le Le Hotel sebab area dia banyak agent tour. Tapi aku pilih The Sinh CafĂ© nih sebab dia MURAHHH…. Aku amik pakej Chu Chi Tunnel (half-day tour) untuk hari esok dan Mekong Delta (1 day tour) untuk hari berikutnya. Kedua-dua pakej reger dia VND648 000 atau convert duit Ringgit RM113.40 jer… Murahhhhhhh hokey!

























ok... aku rasa dah settle ari first nih...  jumpa next ok..

No comments: