Wednesday, February 25, 2015

Boracay : Part 1

Kumusta po kayo? HAHHA.. 
Baru-baru ni aku selamat menerjah ke negara Philipine (bahasa melayunya dipanggil Filipina). Bermula di Boracay kemudian ke Manila. Yang sebenarnya aku nih tak berapa gemar trip ke pantai-pantai bagai nih sebab tak pandai berenang.. hehehe tapi, dikatakan Boracay ni very da very beautiful place, (dah dideclare pon sebagai The best island dalam Majalah Travel + Leisure) So? Apa nak dikatakan lagi?. .. Let’s terjah!! – sebelum ingatan aku nih terlupus, baik aku prepared hikayat ni dengan kadar segera…

Trip kali disertai seorang lagi member baik aku merangkap office mate aku. Sape dia? Takyah lah korang tau hokey… tak penting pun…janji kitorang dah lalui pengalaman berharga bersama-sama ke negara Pangako Sayo nie.

Sebelum aku melalut lagi panjang, baik kita bedah siasat dulu negara Philipine nih secara ringkas.
  • Terbina lebih dari 7,100 pulau, pulau terbesar adalah pulau Luzon, terletaknya Bandar Manila.
  • Negara kepulauan kedua terbesar selepas Indonesia dengan kepadatan penduduk sangat tinggi.
  • Negara beragama Kristian Katolik yang paling luas di Asia dan penganut-penganutnya sangat kuat pegangan agamanya. Jadi, bersepah-sepah gereja di Philipine.
  • Bahasa utama ialah Tagalog dan English. Jadi jangan wat giler dengan orang pinoy, berabuk dia speaking ngan korang nanti.
  • Sebagai warganegara malaysia, sekadar untuk leisure, kita tak perlukan visa untuk ke Philipine.
Pada yang tau kisah aku kat Facebook, memang tau time aku pergi nih sumpah nak mati aku sibuk giler ngan kerja. Nak gi convert duit pun petang sebelum hari depart. Apatah lagi nak menggodek info-infonya. Memang last-last minute lah… nasib baik hotel aku book sebulan sebelum aku terima mandat dari bos aku untuk siapkan satu projek urgent…

Hokey, aku teruskan je lah ya pengembaraan ni.. Bismillah…
 

Day 1 : Kalibo International Airport & Road to Boracay

Dari KLIA2 ke Kalibo airport ambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit gitu untuk sampai. Tapi sebelum tuh, terima kasih bebanyak lah abah member yang hantar kitorang ke Airport. Aku tak banyak cakap dalam keta sebab,.. segan. Hehehe.

Flight kul 11 pagi, sampai je terus check-in dan lepak kat waiting room memandang ada masa kurang 20 minit je lagi boarding gate nak tutup. Sesampai dah ramai dah orang menunggu kat situ. Memacam bangsa ada, Chinese, Mat saleh, Minah saleh, orang pinoy sendiri dan 2-3 kerat orang melayu. Memasing dengan muka cam orang nak beranak.

Dalam flight, lepas membuta aku sempat lunch ngan Nasi lemak Pak Nasser. Sedap memang sedap , tapi ciput ler, setengah usus aku jer terisi. Lepas tuh membuta lagi..hehe nak wat camner, dah itu rutin kalo dalam flight. Tapi bile kapten umumkan yang kitorang dah nak masuk ruang angkasa Philipine, serta merta mata nih ringan nak intai-intai kat luar tingkap.































1 jam lepas tuh, mendarat lah flight kitorang kat Kalibo International Airport dalam kul 3 petang. Memandang masa Philipine sama jer ngan Malaysia, jadi tak yah huru hara tanya orang sekadar nak putar jam. Sama jer, cuma Philipine nih cepat gelap ok… kul 6 dah macam kul 8 malam jer kalo kat Malaysia.

Touch down kat airport Kalibo adalah sangat senang bagi aku. 2-3 langkah jer terus exit dari gate arrival… kecik giler airport dia. Hahaha, cume kena beratur sikit memandangkan 2 kaunter jer immigresen dia. Then bila keluar dari gate Arrival, disambut pulak agen-agen van transit untuk ke Boracay. Berebut-rebut diorang panggil kitorang untuk ambil pakej diorang. Feeling cam retis popular pon ade gak time nih.

Kene paham yer, nampak jer cam ramai tapi hanya ade 4-5 kompeni yang sediakan van ke Boracay tuh. Yang ramai-ramai yang panggil korang tuh sebab nak dapatkan komisen diorang jer. Jadi, korang pilih lah mane-mane pon. Lagipon almost harga diorang bagi adalah 250 peso untuk seorang. Aku petik salah seorang agen tuh then, diorang bawak aku ke van. Dalam van tuh ade 1 family mat saleh dan seorang backpacker orang spain kat depan. Tunggu 10 -15 minit lagi dalam van, terus gerak.

Sebelum lupa, 250 peso adalah untuk sewa van dan tiket bot nanti.



Perjalanan dari Kalibo airport ke jeti Caticlan (daerah Aklan) makan masa selama kurang 2 jam. Dalam van, memang aku tahan tidur semata-mata nak tengok view-view kampung orang pinoy nih. Dari pemerhatian aku, view dia sikit lagi cam malaysia belah utara sana. Ada sawah padi, dan bentuk muka bumi philipine sangat ler unexpected. Kalau rasa nak ada bukit, bukit ler dia. Aku tak pandai explain sangat sebab view memang unik hokey.






















Sampai kat jetty, next kena naik bot plak untuk ke jetty Boracay. Selain tiket bot yang driver van bagi (rate dia 50 peso kalo tak silap) kena bayar plak Terminal fee sebanyak 100 peso & Environmental fee 75 peso. Terminal fee tuh aku paham lah, untuk caj tax kegunaan terminal… yang environmental tuh.. untuk apa pon aku tak berapa paham sangat. apehelnya yob banyak sangat ler fee kome???? Tanpa banyak cakap, aku bayar jer ler…

Dari jetty Caticlan nih nak ke jeti Boracay tak lama pon… kurang 10 minit jer. Masa aku sampai tuh, dah sunset… bayu-bayu Boracay dah menerjah ke muka tatkala hati nih makin jauh dari ingatan masalah yang ditinggalkan di Malaysia.. fuhh, ayat aku kau! Cantik sangat view, seriously!






















Next adventure, next entry hokey…bye!

No comments: