Sunday, May 18, 2014

Yogyakarta : Part 4

Day 2 (Cont.) : Final Shopping & Mirota Batik

Sedar-sedar dari tido, dah kul 7 malam. Cepat-cepat aku bersiap-siap takut nanti tak sempat nak ronda-ronda kedai kat jalan Malioboro nih. Malam terakhir lah katakan. Malam nih aku nekad nak cari baju-baju batik untuk mak ayah aku, selain sourvenir lain kalau ada yang berkenan.

Serius, aku tak rasa lonely pun kalau join dalam kesibukan jalan malioboro nih. Walau dah dua tiga kali ronda tak bosan. “Setengah jam kemudian…”(tolong wat ton suara cam spongebob) aku berjaya cari bebarang aku nak yakni baju kemeja batik, blaus batik ngan t-shirt malioboro untuk aku pakai esok.

Tetiba aku teringat plak satu kedai yang selalu disebut-sebut dek tourist Malaysia iaitu Mirota Batik. Aku tak sure Mirota Batik ni berada di jalan Malioboro atau dah sampai jalan Ahmad Yani tapi ia dekat sangat kalau aku nak pegi. Dah alang-alang nih, pelan-pelan aku tuju ke arah Mirota Batik.

Tapi nasib tak berapa baik sebab Mirota Batik tutup pulak la pulak. Nak kata baru tutup, tak mungkin sebab dari board dia tulis jam 9 baru tutup.. masa aku sampai hari tuh tak sampai jam 8 malam lagi. Ke dia memang tutup hari ni sebab hari nikan 1 Mei…

Apa yang istimewa Mirota Batik nih? Jawapan aku… Entah. Mungkin kat Mirota Batik nih jer kot yang jual Fridge Magnet Jogja. Kalau korang nak FM, sinilah tempatnye. FM nih barang rare kat Jalan Malioboro, so dia mahal sikit. Aku lak, dapat FM Borobudur yang mahal nak mampos siang tadi, dah cukup dah kot. Selain FM, Mirota Batik jual batik-batik lah cam biasa. Nak kata murah, aku dapat baju batik lagi murah kot…hehehe hasil skil tawar-menawar.

Aku snap gambar board Mirota Batik, pastuh blah dari situ sebelum gi tapau makanan. Cadangnya nak rasa nasi Gudeg kat lesehan, kat seberang jalan Malioboro… tapi, ntah camane lalu kat depan KFC, terus turn-in masuk KFC. Sedar-sedar ada 2 bijik burger, fries ngan Manggo sundae kat tangan aku…. Hak3..






belanja gambar selfie satu!...

ok, next time...

No comments: