Hai Alllssss...
This part start di hari keempat selepas trip Shenzhen. Konfius?... nnti aku list initerary sebenar trip Hong Kong nih... at dizz time, enjoy story aku dulu k....
Day 4: A day in Macau – The Venetian
Kembara Hong Kong diteruskan. Hari ini aku akan menuju ke Macau. Wilayah independent yang terpisah dari republic China. Aku ke Macau nih nak feel sendiri kemewahan The Venetian selain ke St. Paul Ruin yang tersenarai dalam tempat UNESCO yang selalu digembar-gembur oleh tourist yang datang ke Macau ni.
Dari Hong Kong ke Macau, aku melalui jalan air iaitu menaiki feri Turbojet di China Terminal Ferry. Asalnya aku nak cop feri pertama yang bergerak dari jeti adalah kul 7 pagi sebab taknak kat Macau sampai tengah hari, tapi memasing berjalan lenggang mat kangkung, alih-alih kul 7.30 gak dapat tiket.
Nak ke China Terminal Ferry dari Chungking Mansion, jalan kaki melalui Peking Road pastuh jumpa mall The Sun Arcade. Depan Sun Arcade adanya lot-lot kedai jenama mewah cam Prada, Fendi, Coach dan memacam lagi di Canton Road. Ikut jer jalan tuh sampai jumpa Giorgio Armani. Jalan depan sikit lagi dari Giorgia Armani tuh, akan jumpa macam mall. Korang akan jumpa pintu masuk China Terminal Ferry kat situ. Kiranya terminal feri nih berada dalam mall ok…
Aku purchase tiket return kat sorang ejen turbojet dengan harga discount. Sebenar ulat tiket nih. Dah dia offer murah, sebat jer lah… (kalau ada papehal menanggung ler aku). HKD320 return tiket. Harga asal korang check lah sendiri. Tiket pergi kul 7.30 pg dengan tiket balik flexible time sampai 9.30 mlm. Tapi, aku tak berniat nak stay sampai malam kat Macau nih, cukuplah sampai kat tempat wajib yang aku nak gi tuh.
Seperti maklum, Macau ni adalah Asia Las Vegas. Mean, tempat untuk orang-orang yang cuba menguntung nasib melalui mesin-mesin jackpot dan meja taruhan (haha.. habis cover baik berlapik ayat aku kan…) tapi, aku datang sini bukan nak menghabiskan duit cara diorang - *cukuplah sampai kat tempat wajib yang aku nak gi tuh.(*copy ayat atas)
Memula aku nak ke The Venetian. Tapi sebelum tu kena clearkan imigresen Macau dulu. Imigresen Macau tak gunakan arrival kad atau visa pun. Jadi sampai terus beratur kat imigresen. Cukup bawak passport jer. Lepas keluar dari terminal feri, cari shuttle bus untuk ke The Venetian.
Yer, seperti dimaklumkan – hotel-hotel dan kasino faymes di Macau ini menyediakan perkhidmatan bas percuma, khas untuk semua orang yang nak pergi menghabis duit di kasino mereka. Kita-kita pun boleh menumpang sekaki menikmati kemudahan ini, tanpa prasangka. Untuk ke The Venetian, naik lah bas The Venetian yang warna biru tuh. Bas nih gerak setiap 15 minit.
Sepanjang perjalanan, korang boleh melihat bangunan-bangunan Macau selain boleh lihat jaringan highway diorang yang dibangunkan secara jambatan untuk menyambung antara pulau-pulau Macau (disebabkan Macau nih terdiri dari pulau-pulau). Aku juga boleh lihat bangunan kemegahan Macau iaitu Macau Tower. Bukan tuh jer, nampak gak bukit-bukau yang belum lagi ditarah untuk bakal dibangunkan menjadi kasino. Huh! Terpikir gak aku tang tuh.
Dalam 10-15 minit, sampai lah aku kat The Venetian. Antara kasino dan hotel terbesar di Macau. Cantik dan mewah struktur dan konsep binaan yang penuh elemen-elemen Itali. Siap ada sungai dan gondola lagi.
The Venetian nih besar dan banyak ruang legar dia. Kalau jenis suka amik gambar, nak feel cam anak raja kaya-kaya boleh datang. Tapi aku agak bosan sebab setiap section The Venetian ni guna konsep yang sama jer – Mewah & Gah, tambah aku bukan jenis materalistik, 1 jam je kot aku merayap kat The Venetian nih. Oh ya, kat sini ada jual sourvenir dengan harga standard tourist. Aku hari tuh tak terpikir plak beli FM kat sini. Melepas dan hagak menyesal plak.
Untuk ke destinasi seterusnya, aku kena patah balik ke terminal feri dengan menggunakan platform “Macau Ferry”.
to be continue....
No comments:
Post a Comment