Tuesday, November 18, 2014

Shenzhen : Part 5

Assalam sumer... ni last part Shenzhen hokey...

Day 3: OCT East & Muslin Restaurant

Bangun pagi dengan segar pagi nih. Yeahhh!!.. bilik luas, wangi dan katil luas, mau tak lena tidur aku semalam. Tetengok jam dah kul 9 pagi, aaiyyooo… cam malas nak bangun plak, tapi taknak sia-siakan percutian nih.. ari nih target nak gi Overseas Chinese Town atau OCT East.

Alah kalau google keluar taman yang bunga merah kuning yang sederet ke atas bukit tuh. Kat situ ada taman-taman cantik, kira cam Cameron Highland. Tapi….

Hampa!.. tengok dalam map Metro cam senang kan sebab ada station nama OCT. ingatkan keluar-keluar terus jumpa taman OCT nih, tanpa aku tahu mana ceruk dia letak. Serius lost. Bile google map, tak kuar plak location dia. Tanya local, tak seorang pon speak in english.. serius aku marah time tuh… tambah tension tetiba hujan turun kaw-kaw lebat… tepaksa berteduh kat gate OCT station. Tunggu reda, jalan lah jap kot-kot jumpa signal atau dapat hidayat, tapi… haram.. korang bayang lah erk.. aku jalan dari station OCT sampai jumpa Window of the World balik.. @#*! Aku carut…

Yang aku jumpa signage ke Spledid China dan Chinese Village Folk jer. Time tuh dah kul 12 tgh hari tak silap, perut lapar.. jadi aku simpan jer lah ke OCT ni dan terus balik ke Muslim hotel balik.

OCT East Park, kempunan aku nak bergambar kat taman nih.. Source gambar - En.Google
Hujan yang meranap hajat aku ke OCT























Untuk merawat duka aku, aku dibelanja lunch kat Muslin Restoran kat Muslim Hotel. Untuk lunch, aku order nasi goreng, sohon + kubis panggang, kacang panjang goreng ngan faveret aku Udang + kentang goreng berempah. Nama sebenar menu-menu aku tak tahu, sebab dia tulis dalam bahasa cina. Jadi, aku main tunjuk-tunjuk jer masa nak order nih. Sedap, lagi-lagi udang+kentang goreng berempah tuh… rase dia punya serbuk kari + paprika dia tuh. Cruchy sgt…

























Tengah syok-syok makan, tetiba aku terperasan yang banyak motosikal parking depan hotel. Sesekali ada lelaki pakai jubah / berkopiah masuk hotel nih. Dari seorang, ke dua orang… pastuh 3.. sampai lah aku sedar yang sebenarnya diorang gi semayang jumaat rupanya. Yess! Hotel muslim nih function sebagai masjid jugak rupenye…

Sementara tunggu hujan reda, aku lepak depan Muslim hotel… syahdu rasenye nak tinggalkan Shenzhen...

















Ini pic terakhir aku di Shenzhen.. kalau panjang umur murah rezeki, aku harap ke sini lagi... In-Sha-Allah...

K bai!

No comments: