Thursday, January 28, 2016

Krabi : Part 4

Hari Last

Sebenarnya trip aku ni bukan 4 hari 3 malam.. tapi 2 hari setengah jer ok, full. Apa tidaknya, hari last nih, pepagi bute dah flight balik.

Apa yang manis hari last tuh, masa tunggu driver pickup aku jam 5.30 pagi… aku sembang2 dengan receptionist merangkap guard Haleeva Sunshine. Aku lupa nama dia, tapi dia sangat baik dan melayan jer aku sebab dia tak mahu aku duk tunggu sorang2, padahal dia ngah ngantuk tuh… huhu

Siap bagi roti lagi kat aku ok.

Antara topik utama dia borak ngan aku adalah pasal Haji. Tersentuh plak bile dia kata dia bercita-cita nak gi haji sebelom tua. Deep. Pastuh dia tanya aku pasal tabung Haji Malaysia plak… meleret-leret aku citer pasal Tabung Haji.. aku tak tau ler dia paham ke idak.. tapi asyik angguk setuju jer, ke dia ngantuk?? Tak tahu la… hahaha

Dalam kul 5.25 am, driver aku datang.. tak sempat lak thanks abang guard sebab time aku nak blah tuh.. dia pegi check bilik geng orang Malaysia yang checkout yang sama flight ngan aku nanti.













Trivia sepanjang aku stay Krabi:
  • Diorang amalkan tips. Jangan sesekali suruh diorang buat itu ini jika taknak bagi tips. Even pondan nak amik gambar diorang pon kena tips.
  • Banana pancake (add nutella atau kaya) adalah mark food di Krabi.
  • Urut-mengurut jugak aktiviti wajib. Memacam style urut ader. Full body massage, foot massage, hammer massage, B2B pon ader kalo nak… Tapi aku tak gi mengurut pun. Takmau ahh aku. Geli, kang salah pegangkan, aku terajang orang ngurut tu kang. Selain mak, arwah ayah aku jer penah dan boleh urut aku.
  • Selain pancake, kena cuba makan pulut mangga. Pulut adalah ruji orang Thailand.
  • Bar dan kelab malam bersepah kat Ao nang.
  • Tak sure malam hidup ke tak kat Ao nang. Asal malam jer aku dah kejung tido.

No comments: