Friday, January 15, 2016

Krabi : Part 3

Sebenarnya dari hari first lagi aku tak letak harapan tinggi pada Krabi sebab bagi aku, Boracay jauh lebih menarik dan cantik. Tapi nak wat camner, satu kebiasaan jika trip pantai/pulau, mesti nak kena ada masa untuk berisland hopping . Well, disebabkan Pulau dan Pantai di Thailand ini diiktiraf sebagai Syurga dunia, aku pun nak cuba jugalah sekali, mana tau jumpa duyung ker tetengah laut andaman ni. Gitu ko…

Seperti yang dijangkakan Phi Phi Island ke hape island, laut warna hijau turqouise dan rimbunan hutan hijau,… mostly cam Langkawi jerrr…

Tapi dalam gambar agak cantik la plak…




























 Selain trip Phi phi island (7 island) ader gak trip 4 island dan Hong Island trip.

Seperti yang aku cakap sebelum nih, Krabi tak banyak aktiviti cam Boracay. Tiada aktiviti cam Parasailing, Helmet diving and so on… yang ader cuma Scuba dan Snorkeling… pastuh Scuba dan Snorkeling… lepas Scuba, snorkeling lagi…. Lain sikit Kayaking… itu sahaja. Bye.

Btw, Maya Bay adalah satu location yang betul-betul aku amazed dalam banyak-banyak pitstop dalam Trip 7 island ni. Supercantik dan unik. Tapi sayang, beratus-ratus orang melepak sini, sampai air laut warna hijau pun dan hilang seri. Tak selera aku nak amik gambar dah…

Aper yang aku nak simpulkan, takde special lain kat Krabi nih selain Maya Bay. Yang James bond island tak jejak pulak sebab tak termasuk pakej. Siot tull….

FYI, Maya Bay faymes sebab menjadi locaton filem The Island lakonan Leonardo De Caprio. Tour guide aku kata “please don’t expect a waterfall in this island… That’s movie is just a lie”

Trip bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Ada orang datang pickup dan hantar kat hotel, dan pakej termasuk makanan halal. Itu jer.

Petang tuh aku tido sampai Isyak. Pas Isyak aku kuar cari makan sekejap sebelom masuk ke Center Point.






















Nko nak tau ape benda center point? First impression aku lepas kena approach mat bangla yang kerja kat situ sebagai promoter – Tempat jual perempuan, kalo taste unik sikit, langgan pondan… heee haaaa!!….

Walaupun tak sampai ke tingkat 2, tapi aku tau kat atas sana ader aper. Ya… bagi yang jenis kaki clubbing, kaki perempuan, kaki Bukit Bintang, kaki tak pernah ke masjid, ini lah tempatnyer. Aku ke sini sebab ramai yang kecoh pasal Center Point. Aku pon sesaje jer nak try tengok, cekidap ape yang doh kecoh2 sangat tuh… Nah! Ini rupernyer, wajah sebenar Thailand… Tarian bogel, Tarian Tiang segala tarian ader (tarian inang ngan zapin takder la yer)… nak2 malam tuh ader Tiger Night… aku tak pikir camner diorang jadi rimau nanti… tak sampai 7 minit pon, aku blah dari situ….























BTW, nasi goreng udang yang aku beli malam last tuh, tak sedap!

No comments: