Friday, April 3, 2015

Manila : Part 1

Day 3 : Dari Kalibo ke Manila

Berakhirnya Boracay maknanya aku akan ke next destination iaitu ke ibu negara Philippine, Manila. Skang mood aku malas, jadi klik sini jela untuk info Manila ya. 

WIKIPEDIA MANILA

Antara muslim Boracay yang ke tanah besar untuk nak ke masjid























Untuk sampai ke Airport Kalibo dari jeti boracay memang kena planning masa dengan tepat. Kalo tidak memang jadi resah korang kalo salah planning. Jangan contohi aku, masa dalam van menyumpah-menyumpah malah mencarut-carut kat penumpang lain yang terhegeh-hegeh naik van.

Ceritanya aku bajet masa 3 jam je untuk sampai ke Kalibo airport dari jeti Boracay. Tak cukup okey, kena bajet masa dari time kuar dari hotel lagi sepatutnya. Roughly gini: hotel ke Jetty Boracay – 30 minit, jetty boracay ke jetty caticlan – 20 minit, jetty caticlan ke airport, termasuk masa menunggu – 2 jam, dan kena hingat boarding time flight adalah 20 minit sebelum flight depart – so kena ambil masa 30-40 minit dah kat situ. Tempoh untuk selesa untuk perjalanan dari Boracay ke Kalibo adalah lebih 4 jam ok. Harap maklum.

Itu aku silap, nasib baik aku dah inform kat agen van dan driver awal-awal lagi yang flight aku kul 12 tgh hari (sebenarnya flight aku 12.30 depart, kena curi 30 minit lagi). Bayangkan erk, van gerak dari jetti kul 11 lebih, tepat-tepat kul 12.00 kitorang dah sampai. Fuhh!.. terima kasih lah banyak-banyak en.driver. Terketar-ketar tangan aku salam ngan dia… bersyukur. Kalo idok, terlepas flight ni mampos aku balik Boracay, jadi fire dancer kat sana.


Jenuh nunggu flight























Tapi ketahian Air Asia cukup sempurna bilamana flight delayed 1 jam. tunggu punya tunggu kul 1 lebih baru depart dari Kalibo ke Manila.

OK, seperti Indonesia… Philippine gak ada terminal fee dia. PHP550 untuk International dan PHP150 untuk domestic. Note sikit, aku rasa airport Kalibo tak berapa ketat dia punya security. Santai giler aku rasa. Rasa kelakar pun ada ;p Selesai segala immigration, berangkatlah aku ke Manila dengan first time naik Air Asia Zest, takde apa yang lain dari Air Asia biasa kecuali stewards ngan stewardess dia jambu giler…hohoho

No comments: