Saturday, April 4, 2015

Manila : Part 2

Day 3 : Sepetang di Metro Manila

Perjalanan dari Kalibo ke Manila kurang dari 1 jam. jadi dalam kul 3 petang sampai lah aku di Terminal 4, Ninoy Aquino International Airport Manila. Sekali lagi aku rasa lucu bila dah touch down airport nih. Kecik. Dulu duk kutuk-kutuk LCCT cam stesen bas lah, stesen keta api lah… sekali Terminal 4 NAIA, Manila lagi kecik, lagi tak canggih.

Pas settle imigresen, terus kuar dari airport. Tak sempat nak snap-snap 2-3 gambar pon untuk ditempek kat blog nih, lagi pon kamera aku dah pack dalam bag. Tak sempat nak seluk plak.

Kuar dari airport jadi lost. sebab memula planning nak naik LRT jer untuk ke Metro Manila. Take note, jarak Stesen LRT di Baclaran dari airport lebih kurang 1.7km. Memula aku nak gak menapak ke stesen ni demi untuk jimat, tapi lupakankah hasrat tuh sebab dah kepenatan dah ditambah lagi beban atas belakang nih cam nak melabuh dah aku rasa. End up, aku tanya en.polis yang melepak kat tepi-tepi jalan. Dia cadangkan naik teksi jer, siap gi tahan teksi lagi untuk aku ni hah. Baik giler polis-polis Pinoy nih.

Cadangan dia dah best, tapi yang tak best nya dia tahan teksi warna kuning. Info lagi nih; Manila ada 2 jenis teksi iaitu teksi warna kuning dan teksi warna putih. Bezanya, teksi putih ni starting meter dia adalah PHP40 dan meter dia agak slow berjalan… jadi amatlah sesuai untuk kita-kita yang suka berjimat nih. Teksi Kuning? Hummph, starting meter PHP70 dan meter dia plak macam sakai lajunya. Dari airport ke Chinatown PHP600 aku kena arituh… kalau ngan teksi putih PHP180 jer… siot tol!

driver keta di pilipine belah kiri.. sama cam China. ko tengok meter dia kalo nampak..






















Contoh teksi putih yg sempat aku snap guna phone..






















Tempoh perjalanan dari airport ke hotel, sepatutnya kurang 20 minit jer tapi hari yang aku tiba kat Manila nih adalah 14 februari. Di Phillippine, Valentine day nih bukan sekadar hari untuk kekasih jer, tapi untuk hari suci diorang untuk sambut dan memperingati rahib diorang, St. Valentine atas jasa dia dalam penyebaran cinta Agung dalam Kristian. Kan orang Phillippine nih kuat agama, hari Valentine ginih pon dijadikan hari cuti untuk diorang sambut dan beribadah kat gereja. So, muslim jangan nak bervalentine sangat lah yer…

Stesen minyak Manila























Di Manila, aku stay kat Ramada Hotel yang berada di Metro Manila. Acaner rasa duk hotel mewah dan naper aku pilih hotel nih, next entry ok. Pas checkin hotel, aku lepak jap dalam bilik.. nak lepaskan penat dan mainan emosi hari ni.

Dalam jam 5, aku kuar jenjalan sekitar hotel. Asalnya nak Divisoria Market yang kononnya ada jual sourvenir, tapi kedatangan aku sedikit lewat. Time aku sampai tuh orang-orang pinoy dah mula nak tutup kedai. Oh ya, jangan nak expect lebih. Divisoria market nih sebijik macam pasar tani kat Malaysia ok. Cuma running time dia dari kul 8 pgi sampai 6 petang. Sourvenir cam keychain, FM, dan t-shirt yang aku kata, mungkin ada, mungkin takde, kena cari jer… kalo ada masa lah. 

Jadi melilau lah aku sekitar hotel, member aku dah culture shock dah sebab memacam gaya orang Manila nih buat semata-mata untuk teruskan hidup. Untuk pengetahuan, Manila nih antara bandar dengan kadar penduduk yang tinggi. Jadi setakat berlanggar bahu time jalan adalah perkara normal. Celah mana pun, asal boleh duduk mesti ada yang menghuni, atas pokok, station bas, dalam kotak, malahan dalam toilet sekali pun. Itu yang member aku shock tuh. Aku plak, sedikit pengalaman berada Jakarta dulu dah wat aku sedikit open untuk terima suasana ginih.


feeling cam kat New York... tapi bohong sebenarnya.. haha






















Pas jenjalan, dalam kul 7 malam aku beransur balik ke hotel semula.

No comments: