Friday, October 2, 2015

Kansai (Osaka) : Part 1

Assalam readersss….

Seperti yang digembar gemburkan, aku berjaya abiskan trip jepun aku yang merupakan negara ke-10 yang dah aku jejaki. Alhamdulillah…. HAHAHA (gelak bangga jap)

Day 1 : Kansai International Airport

Perjalanan dari KLIA ke Kansai International Airport ambil masa selama 7 jam. Ini first time aku naik Airasia X. Tak banyak beza cuma flight dia extra besar, ruang kaki sikit luas dan seat dia 3-3-3 (9 seat satu baris). flight depart dari klia2 kul 1 pagi. Bajet aku boleh lah tido since aku datang awal kat airport. Tapi kul 4 pagi dah nampak silau-silau kuning langit Jepun. Teruja tu memang teruja, tapi rasa nak mengamok gak biler tak cukup tidur nih. FYI, waktu Jepun adalah 1 jam lagi awal dari Malaysia, cumer langit dia cepat cerah. Kul 5 pagi dah totally cerah. So korang kira, kul 5 pagi dah abis cerah, pastuh tolak lagi 1 jam berbanding Malaysia. maknanya kalo kat Malaysia, kul 4 pagi dah kena bangun untuk gi kerja. (subuh dlm kul 3 pagi) hehehe.. nampak? ada masalah jetlag kat situ.

Nah kau, time kul 5 pagi.. kat bawah tuh kepulauan Okinawa. well, aku dah lalu Okinawa.





















arrival card + custom declare... kena bawak pen siap2..





















Memang tak dinafikan, Jepun sangat-sangat owsome, canggih manggih and baqq hangggg. …Takde tanah, diorang buat tanah sendiri. Takde pulau, diorang wat pulau.. landasan kapal terbang nih pun adalah pulau buatan manusia. Impressed betol. Flight baru nak landing dah start jakun dah.

Proses immigration Kansai agak senang cume part nak scan mata ngan jari tangan tu agak kelakor. Pengawai immigresen dok bermoshi moshi, aku ingat nak cakap apa… rupenya dia nak suh aku tengok kat eyes scanner.

Settle immigration, aku keluar dari arrival hall dan dengan gaya langkah mak minah sayang menuju ke Tourist Information kaunter, nak purchased Kansai Thru Pass. Sebelum blah sempat lagi aku rembat 2-3 travel guide book yg English punya. Banyak yang lain tapi mostly dalam Bahasa Jepun. Bila aku pusing belakang, 2 member jemaah rombongan aku telah diapproach oleh sorang lelaki Jepun. Segak orangnya. Katanya dia pengawai polis yang buat interview dan wat sikit survey. Interview takde lah serius creepy pun. Just dia tanya, dari negara mane, berapa hari kat Japan, bla bla bla… sempoi abis, rasa diWelcome lagi adalah.

view dalam airport


pass ngan Handbook dia. Dalam handbook dah ader map subway yang pass ni cover.






Pelan-pelan aku menuju ke gate train. Malas ah nak rush-rush, lagipun time tuh baru kul 10. (flight landing lewat 1 jam). First destinasi aku, nak gi hotel dulu sebab nak letak beg-beg yang berat nak mampos nih. Confident tak cofident, aku naik train line Nakkai (train nih stop kat Namba Station). Aku kena get off kat Sinchido Station.


Walau macamana pon, tak note, ade 2 jenis line train iaitu Normal Express Train dan Limit Express Train. Pelik jugak sebab train aku naik time tuh tak berhenti kat stesen kecik2. Sampai kat Sakai, aku terpaksa turun sebab taknak terlepas kat Sinchido tuh. Kena ambik 1 lagi train yang Normal yang berhenti setiap stesen tuh.

No comments: