Tuesday, November 11, 2014

Shenzhen : Part 1

Greetingsss…

Day 2: Louhu Station, Shenzhen

Menguap aku, pagi-pagi dah bangun. Dalam kul 5 dah tak sabar-sabar nak kuar bilik nih. Aku dah agak dah, memang takleh tidur semalam. Aku ni jenis payah tidur, lagi-lagi dah beralih tempat tidur kata orang. Kena bau bilik cam hampeh, memang menyiksakan gak lah. Nak wat camne, rate bilik nih paling murah kat Booking.com, HKD337 utk 1 malam include tax.

Pas siap-siap dalam 1 jam, aku gerak ke receptionist yang berada di Blok A Chungking Mansion. Tempoh bersiap tak lama, sebab luggage memang aku tak sepahkan lagi. Settle-settle kan semua deposit dan serah kunci, tanpa cakap banyak aku blah dari Chungking Mansion ke stesen MRT East Tsim Sha Tsui melalui Subway depan Sheraton Hotel.

Kul 6 pagi dah macam kul 8 dah. Kena ingat Hong Kong skang musim panas, jadi masa siang agak panjang lah. 6 pagi dah cerah dan kul 7.30 malam baru mula start gelap. Pagi-pagi tsim Sha Tsui tak berapa nak hidup. Aku assume malam memang tak hidup kat Hong Kong nih.

Hokey, sampai kat MRT Tsim Sha Tsui East kena amik train ke Hung Hom. Guna train line merah (Tsuen Wang Line) dan akan tranfer ke train line biru muda (East Rail line) yang menuju ke Lo Wu. Sorry, aku nama-nama line train nih aku tak expert sangat. Janji aku tahu color-color line mane yang aku kena amik. Basic naik MRT ni sama jer cam trip Singapore ari tuh. Senang sangat lagi-lagi ada Octopus card nih.

Kat East Tsim Sha Tsui sempat aku breakfast roti 2 mulut sebelum pak guard datang melarang supaya jangan makan kat MRT nih. Kerek! Perjalanan East Tsim Sha Tsui ke Hung Hom terus naik train ke Lo Wu nih dalam 30 – 40 minit je. Pagi-pagi orang dah ramai, ada yang nak pegi kerja, pegi pasar ngan gi universiti. Sepanjang perjalanan, aku nampak area train penuh ngan rumah-rumah rakyat Hong Kong yang tinggi-tinggi. Kira area New Territories nih penuh ngan tempat kediaman warga Hong Kong, ada taman reakreasi ngan pusat pengajian lah kot.























Untuk masuk ke Shenzhen, kena tempuh imigresen lah kan. Sampai kat Lo Wu, terus jalan kaki masuk imigresen Hong Kong dan imigresen China. Ye lupa… nak masuk ke China, rakyat Malaysia kena ada visa. Visa ni aku dah siapkan beberapa minggu sebelum flight ke Hong Kong. Visa China sah selama 3 bulan dan aku wat single entry jer. Apa bondo eh single entry nih? Nanti aku ceritakan kemudian yer…



























Dah settle imigresen, sampai lah aku ke Shenzhen yang aku idam-idamkan nih lepas tengok rancangan Destinasi Ria episod Shuib & Sara… haha. Sebelum naik train terus ke Shenzhen Muslim Hotel, aku keluar dari stesen, depan tuh ada cam ruang legar atau dataran yang sekitarnya ada mall-mall. Aku lepak jap sambil cari info-info Shenzhen balik yang aku dah siap-siap print. Tetiba aku jadi blank jap. Bukan apa, teruja sangat sampai tak tahu nak wat dulu. Masa tuh bukan aku seorang jer lepak, orang Shenzhen pun ramai yang melepak. Agak-agak budaya lepak nih datang dari budaya orang cina rasanya???…. Hmmmm

Ok, memang ada perubahan sikit dalam initerary aku. Sepatutnya aku nak gi Mangrove Nature Reserved Park kat Shenzhen Bay. Tapi takde train Shenzhen Metro ke situ. Kalau adapun bas yang aku tak berape expert sangat (perlukan setengah hari nak fahami lagi). Jadi aku putuskan gi hotel untuk letak bag dulu dan fikirkan ke mana dulu nanti kemudian... heh! ;p

captain nak reschedule initerary...


































Ok, stop jap… to be continued…

No comments: