Friday, November 20, 2015

Tokyo : Part 13

Day 4 : Sepetang di Asakusa

Skytree Asakusa (cam senget jer, aku amik gambar nih)



























Memang kebetulan sampai di hotel dalam kul 2.30 petang. Setengah jam lagi dah boleh check in, dah boleh masuk bilik dah. Sementara melangok lah jap kat lobi tuh.

Pas check in, kitorang makan maggi*** dulu sementelah maggi yang aku bawak ni tinggal lagi 3 bijik. Makan kenyang sebab jap lagi nak berjalan lagi.

Dalam kul 4, yakni lepas baring tergolek terlentang hilang penat dan sakit kaki katanya. Baru ler gerak kuar. Asalnya plan nak ke Shibuya Crossing, Harujuku dan Yoyogi park sebab esok nak layan Kawaguchiko. Tapi sebab dah kul 4 sekang, tak koser aku nak kejar-kejar dah. Kawaguchiko ker, fuji ker, apa ker… tambah lagi, kalo dah asyik hujan dan berkabus jer baik tak payah. Next season jer lah kalo ader rejeki.

Disebabkan masa kuar dari Asakusa station tadi aku tengok cam meriah jer dengan wanita berkimono dan abang-abang penarik beca, tak kurang tourist yang ke hulur-hilir, tu pasal lah aku nak spend petang ni kat sini jer. Patutlah, ada suggestion tourist untuk datang ke sini selain Asakusa ni locatednya Skytree.

Pas jalan kaki hampir 20 minit, sebab dah sakit kaki dah, sampai aku kat area Asakusa station and the first thing nampak ialah:



































































Masa aku sampai nih, aku tak tau pun nama tempat nih. Tapi highly sangat ramai tourist kat sini. ada jual2 sourvenir, tempat makan2 dan di hujung kedai ada temple. And then, aku jumpa jugaklah 2-3 group awek Malaysia bertudung, sangat sombong baqqq hanggg. Memang orang kita kalau gi mane2, jumpa, wat taktau ekk??? Huissshh, senyum2 lah kak… takdenyer aku pegi mintak duit korang kalau korang senyum pong…

ni awek tudung biru yg poyos... yang indian ok pulak.. still bleh senyum lagi.













































Baru google, Skang aku tau apa nyer nama tempat nih: Nakamise Shopping Street (Kaminarimon)

Lama jugak ke hulu hilir, kononnya nak bershopping tapi pura-pura jer lah. aku ader lebih kurang JPY10 000 dalam poket. Ko rase? dapat? Barang-barang sourvenir mahal berbanding Osu Shopping district tu tapi still murah sikit daripada Harajuku. Dalam dok berkira2, terembat juge ler mug 2 bijik dan sebijik magnet fridge kat sini hah.

Dalam kul 8, kitorang menapak ke Sekai CafĂ© yang jugak berada berdekatan Nakamise street nih. Sile google…hehehe..





jumpa jugak doraemon kat jepun

Me goreng..




















































































Btw, eku enjoy mee goreng malam tuh. “sampai ke Jepun brand ni masuk..... sluurrrpppp”, kata aku sambil pegang botol sos cili Life tuh…

***Sambil sambil makan meggi nih, ada aku terpikir pasal pembandaran di Jepun. Sekejap Tokyo, sekejap Asakusa, sekejap Shibuya… abis tuh Harujuku apa plak?? Aku pun dah start confius dah nih. So, aku terus meresearchnya and dari research aku, dapat aku simpulkan:

Jepun terbahagi kepada 8 region iaitu Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku, Kyushu.

Dalam region terbahagi pulak prefecture. Contohnya prefecture Kanto ialah Ibaraki, Tochigi, Gunma, Saitama, Chiba, Tokyo dan Kanagawa.

Dalam prefecture plak terbahagi sub-sub bandar yang dipanggil Special Ward. Contohnya special ward atau subbandar Tokyo ialah Taito, Shibuya, Shinjuku dan sebagai

Then, dalam Special ward ada District iaitu bandar kecil. Contoh special ward Taito adalah Asakusa.

Ringkasnya: Region (Kanto) > prefecture (Tokyo)> special ward (Taito) > district (Asakusa)

Region, prefecture dan district nih tak boleh didescribekan dalam bahasa melayu ok. Tak boleh kata region nih bahagian ke, wilayah ke atau negeri since memasing ada terms dia tersendiri. Takyah nak hadam benda semua sebab wat sakit otak jer nanti. Just faham dengan hati terbuka.

Nampak tak sistem pembandaran Jepun. Kalo Malaysia cukuplah Bahagian > Negeri > Daerah > Kampung

No comments: